PENGAKUAN: PAS SEMAKIN LEMAH!!!!

Ini bukan fitnah apa lagi rekaan. Ianya adalah kenyataan yang sebenaranya sudah lama diketahui dan disedari tetapi sering disembunyikan oleh mereka.

Siapa mereka itu???

Apa lagi PAS lah!

Baca di sini....

Terbaharu; PAS akui pengaruh dan sokongan terhadap mereka semakin lemah.

Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di sini hari ini mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) disemak semula.
Semakan semula itu disaran dilakukan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatan Kuasa Pas Pusat menerusi kuasa yang ada pada mereka.

Selain itu, Multaqa Ulama Se-Malaysia berkenaan turut menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan mengerti tentang Islam serta realiti semasa.
Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

Resolusi tersebut dibacakan oleh Pengarah program itu, Muhammad Ismi Mat Taib di hadapan kira-kira 700 perwakilan sebelum ucapan penutup oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang petang ini.

Resolusi-resolusi lain yang dicapai ialah:
n Ulama hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi dengan memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.

n Mengajak para ulama Pas melakukan pengukuhan gerak kerja antaranya tarbiyah, kedudukan kepimpinan ulama yang menjadi tunjang utama kepada parti itu dan memperkasakan ilmu pengurusan serta kepimpinan.

nMengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar daripada asas Islam.

nMengambil ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisis yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisis bagi tujuan penilaian prestasi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan untuk lonjakan PRU-14.

nMenyarankan kepada semua kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang supaya memberi ruang munasabah dan bersesuaian kepada ulama Pas yang berkelayakan agar dapat melibatkan diri mereka dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

nMenyeru kepada seluruh ulama Pas supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU-14.
Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berikutan pengaruh Pas dalam pakatan pembangkang dilihat semakin lemah.

Tegas beliau, kajian semula berdasarkan kepada garis panduan syura itu wajar ekoran berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi kebelakangan ini.

"Saya berharap Pas Pusat segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi" katanya dalam ucaptama Multaqa Ulama Se-Malaysia itu.

Harun berkata, analisis pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu perlu dilakukan secara terperinci untuk melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan berdasarkan syarak termasuk tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP untuk PRU Ke-14.

"Berdasarkan keputusan PRU-13 lalu, Pas sudah hilang dominasi dalam pakatan pembangkang menjadikan kedudukan Pas sangat lemah," katanya.-Utusan 

Ps: pu3 sedar sejarah kewujudan PAS sebagai dasar dan asas kenapa PAS sering kali menolak perjuangan Melayu islam yang dilakukan oleh UMNO. Cuma kepelikan pu3 dengan keegoaan dan kedegilan PAS membenarkan Islam dipijak oleh rakan sekutu mereka DAP. Why? Adakah EGO itu lebih tinggi tarafnya jika dibandingkan kemuliaan mempertahankan kesucian Islam itu?

Soalan ini pu3 tujukan kepada kepimpinan PAS atau siapa sahaja yang merasa mereka ini pejuang tegar PAS

Comments

Popular Posts