ADATLAH: PEMIMPIN PAS YANG BERBALAH, UMNO PULA DIPERSALAHKAN!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS di Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran PAS di Kota Sarang Semut semalam, pastinya mengundang kemarahan sebahagian besar penyokong-penyokongn Pakatan Rakyat apatah lagi yang melihat PAS selaku pecacai tidak boleh bersuara atau memberikan sebarang usul.

Selama ini pun, tiada sesiapa yang tidak tahu bahawa PKR dan DAP telah mempergunakan PAS dengan sewenang-wenangnya. Walaupun para pecacai Pakatan Rakyat cuba menyatakan bahawa PAS amat memerlukan DAP dan PKR, sebenarnya mereka juga tahu bahawa tanpa PAS, PKR dan DAP tidak ubah seperti penyepak tin kosong di tengah jalan.

Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS telah menyebabkan DAP mendapat keuntungan sangat besar. DAP yang diketahui terlibat dalam perjuangan menghapuskan Melayu, Bumiputera dan Islam dari negara ini, sekarang ini berlakon sebagai pejuang dan penghormat Islam paling tegar. Malah lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila DAP bijak menggunakan ahli-ahli PAS sendiri untuk mempromosikan parti tersebut di kalangan Melayu beragama Islam, walaupun pada masa yang sama, para pemimpin DAP sibuk berjuang untuk mencuri hak eksklusif umat Islam di negara ini dalam usaha mereka untuk meruntuhkan Islam dan menyebar luaskan agama Kristian.

Manakala PKR pula seperti yang diketahui umum, memerlukan PAS untuk mengumpulkan seramai-ramainya penunjuk perasaan dan uak yang sanggup berarak di jalan raya. PKR sendiri tidak mempunyai kekuatan mahupun kepakaran mengumpulkan ramai orang.

Walaupun PKR cuba bersandar kepada jumlah puluhan ribu manusia berkumpul untuk menyokong Anwar Ibrahim pada penghujung 1990-an lalu, ia bukanlah kerana PKR memandangkan PKR tidak wujud pun ketika itu tetapi apabila Presiden PAS pada waktu itu, Fadhil Nor menyatakan sokongan peribadi dan PAS kepada Anwar Ibrahim.

PAS jugalah yang berkempen dan mendesak ahli-ahlinya keluar ke jalan-jalan raya pada waktu itu. Malah secara tidak langsung, menerusi kerjasama dan sokongan padu yang diberikan kepada gerakan menyokong Anwar Ibrahim pada waktu itu oleh PAS, akhirnya mewujudkan Parti Keadilan Nasional setelah Fadhil Nor merupakan salah seorang daripada perintis kepada penubuhan NGO bergelar ADIL.

Dari tahun 1998 sehinggalah pada 2004 apabila PAS mengambil keputusan untuk bekerja rapat dengan PKR, hanya harapan-harapan palsu untuk PAS diberikan menerusi kerjasama tersebut. Dan walaupun PAS telah bersetuju untuk mewujudkan pertandingan satu lawan satu dalam PRU berhadapan dengan Barisan Nasional, berulang-ulang kali PAS telah dikhianati oleh PKR.

Kita dapat melihat sendiri bagaimana PAS seringkali dikhayalkan dengan sokongan terhadap parti tersebut yang kononnya menjadi viral di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sehinggakan PAS begitu yakin mereka akan dapat menawan beberapa kerusi DUN di Sarawak dan Sabah.

Namun keputusan sama ada daripada PRU13 mahupun beberapa PRK sebelum PRU13 menunjukkan bahawa PAS sebenarnya terpedaya dengan pembohongan yang dilakukan oleh PKR. PAS juga terpedaya dengan lakonan kononnya PAS mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu sedangkan bukti pula menunjukkan penguasaan kerusi oleh PAS pada PRU13 berbanding PRU12 jelas merosot. PAS gagal mengenalpasti hala tuju sebenar parti tersebut terutama sekali tentang PAS yang hanya bertanding di kawasan bermajoriti Melayu dan saingan utamanya adalah UMNO.

Tahaluf Siyasi yang dibangga-banggakan oleh PAS, langsung tidak memberikan kebaikan kepada PAS. Sebaliknya menambahkan lagi beban kepada PAS sendiri apabila parti tersebut terlalu mengambil berat tentang Pakatan Rakyat tetapi mengabaikan kepentingan parti itu sendiri.

Dalam beberapa isu yang sebelum ini menjadi asas perjuangan PAS sekalipun, parti tersebut terpaksa mengalah kepada PKR dan DAP. Isu yang paling besar adalah KALIMAH ALLAH. Para pemimpin PAS terpaksa mencari-cari dalil untuk menyokong kehendak DAP dan PKR semata-mata kerana undi bukan Melayu dan bukan Islam. Namun pada masa yang sama, PAS kehilangan sokongan daripada kelompok penyokong terbesarnya iaitu Melayu-Islam.

Bertitik tolak daripada kes-kes sebegitulah, Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama PAS mengesyorkan agar Tahaluf Siyasi PAS dengan PKR dikaji semula.

Sudah pastilah, usul yang dibuat oleh Harun Taib itu mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat yang lain. Mereka menyifatkan usul tersebut sebagai membawa PAS ke zaman batu dan sebagainya.

Lebih malang lagi ialah apabila ada pula yang mengaitkan usul Harun Taib itu dengan UMNO!

Sebenarnya semakin ramai pemimpin PAS yang sedar, sekiranya PAS terus berkeadaan seperti sekarang iaitu mencari macai dan hamba sahaya PKR serta DAP, PAS tidak akan ke mana-mana. Proses pembahagian kerusi semasa PRU13 sudah pun menjadi bukti bagaimana PAS sebenarnya langsung tidak bernilai kepada PKR dan DAP walaupun pada masa yang sama, PAS memberikan sokongan, menyediakan ahli-ahlinya dan sentiasa berusaha mengambil hati kedua-dua komponen dalam Pakatan Rakyat itu.

Sesuatu harus dilakukan demi memperbaiki kewujudan PAS sebagai sebuah parti siasah dan memberikan gambaran kepada para penyokongnya bahawa parti itu masih lagi memperjuangkan Islam, sebagaimana yang terdapat pada nama parti itu sendiri.

Dan kerana itulah agaknya, Harun Taib membentangkan usul yang pastinya akan menjadikan dia sebagai individu paling dibenci di dalam PAS oleh para penyokong Pakatan Rakyat!

mykmu.net

Ps: adatlah. Mana-mana sahaja pencadang ke arah kesedaran dalam PAS sah akan dibenci sangat-sangat oleh mereka yang mempunyai kepentingan dama  PAS.  Apabila ada hasrat kebaikan... dan mendedahkan kelemahan PAS, budak-budak internet PAS secara automatik akan menyebarkan story sekua tu agenda busuk UMNO.

Comments

Popular Posts