ZAHID NASIHAT LPF HATI-HATI DALAM PENAPISAN FILEM 'THE NEW VILLAGE'


Ada khabar angin konon menceritakan berlaku 'bias' apabila Tanda Putera ditayangkan dalam masa sama telah menahan The new Village. Khabar ini sengaja memanaskan sesetengah individu konon penzaliman kaum cina dalam mengangkat orang Melayu.

Sebenarnya itu bukanlah cerita sebenar. Pada pandangan pu3. Filem Tanda Putera adalah cerita sejarah yang wajar diketahui oleh masyarakat Malaysia. Sedangkan The New Village pula sebuah filem rekaan yang cuba mengubah jalan sejarah yang pernah berlaku.

Baca lagi ....

PORT DICKSON:  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya kepada Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk membuat keputusan sama ada meluluskan penayangan filem kontroversi, The New Village.

Namun, LPF katanya, perlu berhati-hati dalam membuat keputusan itu kerana filem tersebut dikatakan mempunyai mesej tersembunyi yang menggambarkan pengganas komunis sebagai lebih baik berbanding anggota keselamatan pada masa itu.

Katanya, walaupun filem tersebut menceritakan kisah percintaan dua remaja namun watak-watak dan mesej tersembunyi yang akan 'dihidangkan' kepada masyarakat perlu dinilai secara teliti.

"Saya tidak menyokong mana-mana pasukan keselamatan dalam filem itu yang mana pasukan keselamatan British digambarkan sebagai arrogant (angkuh), namun adakah komunis lebih baik daripada pasukan keselamatan?," katanya.

Beliau berkata, LPF perlu bersedia dan bertanggungjawab dengan reaksi masyarakat terhadap filem itu jika LPF membuat keputusan untuk meluluskan penayangannya.

"Namun jika masyarakat memberi reaksi yang baik terhadap filem tersebut maka pujian harus diberikan kepada LPF," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bengkel transformasi Polis Diraja Malaysia 'Governance Structure and Organisational Design', di sini malam ini.

Mengenai bengkel tersebut Ahmad Zahid berkata, ia bertujuan mencari idea dalam membawa transformasi dan memantapkan institusi kepolisan negara ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan timbalannya Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. - BERNAMA

Ps: mendengar cerita yang disampaikan kepada pu3. Filem tersebut seolah-olah mengangkat komunis yang pernah menzalimi rakyat ketika fasa sebelum dan selepas kemerdekaan sebagai kumpulan manusia baik. Pu3 merasakan bahawa ada agenda menukar persepsi masyarakat agar menerima komunis.

Bayangkan.. ketika komunis mengganas dulu.. diceritakan antara sasaran mereka adalah anggota keselamatan berbangsa cina sendiri. Dengan erti kata lain, komunis ini bukanlah mewakili bangsa cina walaupun sebahagian besar daripada ahlinya adalah cina. Mereka bukan memperjuangkan bangsa melainkan menaikkan semangat idealogi komunis.

Comments

Popular Posts