REHDA PERLU BERI PENJELASAN : ABDUL RAHMAN

PASIR GUDANG:  Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) perlu memberi penjelasan mengenai tindakan mereka untuk menaikkan harga rumah antara 10 hingga 15 peratus.

Tindakan itu disifatkan terlalu tinggi dan tidak wajar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau akan berjumpa Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkenaan.

Katanya kenaikan itu akan memberi kesan kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Jelasnya dengan memberi contoh jika harga rumah berkenaan sekitar RM500,000, kenaikan 10 hingga 15 peratus itu menyebabkan penambahan RM50,000 hingga RM75,000 diperlukan.

"Kita juga membuat perkiraan di peringkat kementerian dan kita tidak menjangkakan harga rumah naik lebih daripada 3- 4%. Walaupun ada kenaikan dan kalau ada intenvensi kerajaan mungkin harga itu tidak naik terlalu banyak. Itu sebab saya telah meminta Presiden Rehda untuk berjumpa dalam sehari dua bersama-sama untuk berbincang mengenai masalah ini, kata Abdul Rahman.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor, di Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor.

Sebelum ini medai melaporkan kenyataan Kong Choy berhubung peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus susulan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen. - Astro Awani

Comments

Popular Posts