MACAM-MACAM : WANITA BERUSIA 64 BERJAYA BERENANG DARI CUBA KE FLORIDA

KUALA LUMPUR:  Kegagalan dalam empat percubaan sebelum ini tidak pernah mematahkan semangat Diana Nyad.

Sebaliknya wanita berusia 64 tahun ini tekad meneruskan hasratnya berenang secara solo dari Havana ke Florida.

Dan hasilnya bekas wartawan ini mengukir nama selaku manusia pertama yang menamatkan renangan sejauh 166 kilometer ini tanpa sangkar keselamatan.

Ketibaan Nyad di Pantai Florida disambut gemuruh orang ramai yang menantikan detik bersejarah itu.

Wanita berjiwa kental ini mengambil masa 53 jam untuk menamatkan misinya merentas sempadan laut dua negara.

Dan sejurus tiba Nyad terus dibawa ke hospital bagi merawat beberapa kecederaan yang dialaminya.

Nyad mula menjadi perhatian sejak melakukan renangan sejauh 45 kilometer  mengelilingi pulau Manhattan dengan catatan di bawah lapan jam pada 1975. - Astro Awani

Ps: tengok badan sememangnya wanita ini berkemampuan untuk melakukannya. Kekdang ada segelintir manusia. Faktor fizikal dah payah dipapah tetapi nafsu nak kuasa kekal gagah.. manusia oh manusia.

Comments