OPS CANTAS BESAR-BESARAN DU SABAH DALAM MASA TERDEKAT: KPN

KUALA LUMPUR: Polis akan mengadakan Ops Cantas Khas secara besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia antara lain bertujuan membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai tarikh dan lokasi operasi berkenaan.

"Kita tidak mahu membocorkan maklumat yang boleh menjejaskan operasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Teknologi Keselamatan Antarabangsa 2013 di sini, Khamis.Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lalu telah menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 September lalu.

Persidangan teknologi keselamatan selama dua hari berakhir esok itu merupakan sebahagian daripada penganjuran Pameran dan Persidangan dan Pameran Kebakaran dan Keselamatan Antarabangsa Asia Tenggara 2013 (IFSEC).-BERNAMA

Ps: SAMM ni usaha acah je jugaker? 

Comments