PEMILIHAN: PENJENAMAAN BARU PERLU PRODUK BERKUALITI


TIK TOK TIK TOK TIK TOK.... Tempoh 72 jam yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan UMNO 2013 telah tamat semalam. Bermula hari ni, bermula hari calon-calon perlu mengekalkan momentum menarik perhatian perwakilan untuk serahkan sepenuhnya kepercayaan kepada diri mereka  dan bakal dizahirkan pada 12hb oktober 2013 bagi pergerakan sayap-sayap UMNO dan pada 19hb oktober 2013 untuk jawatankuasa induk bahagian serta MKT

Dalam perjalanan menuju ke destinasi tarikh bersejarah tersebut, ada sahaja cara kempen dilakukan oleh calon dibantu oleh penyokong tegar. Berlaku pemasaran produk untuk menarik perhatian pelanggan. Kaedah pengiklanan pun dah semakin canggih dengan perkembangan komunikasi interaktif melalui media sosial.

Wajah-wajah calon. Ada yang baru sama ada mempertahankan dan mencuba nasib sekali lagi. Tak kurang juga wajah-wajah baru.

Ada produk sememangnya sangat berkualiti dan wajarlah diberi peluang dipilih semula dan ada juga produk sudah tak boleh pakai langsung. Kalau direcycle pun boleh mengundang keracunan yang kronik! Rasanya produk-produk yang mendatangkan permasalahan ini perlu dikeluarkan dan berilah peluang pada produk-produk baru dan menampakkan jaminan kualitinya.
Rasanya menilai produk yang boleh dipakai terus tanpa was-was ni tak susah nak menjejak. Produk yang perlu dibungkus masuk stor pun tidak susah diperiksa. Tempoh 5 tahun ini, masa cukup panjang untuk menikmati produk berkualiti dan mengekalkan tahap keyakinan dan kesetiaan pada produk terbabit.

Produk yang perlu dibungkus pun boleh dikesan. Berapa kali kena dibaikpulih. Adakah produk tersebut asyik ditarik dan dibaiki berulang kali sehingga penggunanya semakin kurang selesa kerana asyik menikmati produk tidak stabil dan bermasalah! So kenapa perlu merisikokan diri untuk memilih semula produk tersebut. Sampai bila kita sebagai pelanggan perlu disukarkan dengan asakan iklan yang konon menjanjikan produk itu adalah produk berkualiti???? Betulkah? Atau pihak publisitu terpaksa sekali lagi membuat pengiklanan menutup permasalahan dari produk yang bermasalah. Berapa lama kita nak biarkan badan kita diasak dengan kesan permasalahan ini. Pu3 khuatir hanya kerana konon membalas budi punya pasal, habis musnah syarikat. Takkan dalam syarikat tersebut tidak memiliki produk yang bersih lagi berkualiti?????

Elok juga ada pemilihan ini. Masa untuk menilai semula produk yang sedia dipasarkan. Seterusnya memilih produk baru. Yakinkan diri supaya tidak terpujuk dengan kaedah pembujukan yang bukan setaap pakar lagi malahan sangat profesional. Ditambah lagi tahap penguasaan produk memaksa pujuk untuk pelanggan memilih mereka semula. Termasuklah menggunakan 'kuasa' yang berbaki mengatur strategik 'SEKATAN' agar 'kuasa' mereka boleh dikekalkan.

Lagi melucukan apabila pihak publisiti dan produk tersebut menjadikan platform media sosial sebagai saluran mereka menyebarkan dakyah-dakyah mendowngrade produk baru bagi menutup bangkai gajah yang menggunung busuknya!!! Jangan terlupa dengan pribahasa "kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak kelihatan" bangkai gajah kalau tak diurus segera.. baunya dihidu hebat oleh 'mereka' yang berada di luar sana.

Lagi parah apabila produk-produk berusaha menjatuhkan persaingan produk lain dengan kaedah 'UGUTAN' dan bersikap dayus hanya merasakan masa dan situasi tidak memenangkan diri mereka. Hello.. be profesional?! Kalau nak jadi produk berkualiti.. laluilah pemilihan dengan  kebijaksanaan yang bersih lagi suci. Tak perlulah menggunakan taktik kotor 

Awas. Di luar sana terlalu ramai PIRAHNA menanti memamah isi perut kita. Melondehkan kelemahan untuk diaibkan. Kenapa kita nak membuka kelemahan untuk santapan pirahna ini? Pu3 menganggap perangai-perangai pegawai pemasaran produk ini sudah kehabisan strategik melariskan produk mereka.. jalan paling mudah adalah menyebarkan cerita untuk menjatuhkan produk-produk baru agar produk lama kekal dan berkuasa walau bakal digunapakai dalam perasaan was-was.


Pu3 sekadar memberi pesanan agar pelanggan usah terpedaya. Jadilah pelanggan yang sangat bijak. Usah tertipu dengan 'janji-janji manismu' yang sudah pernah digunakan semasa pemilihan sebelumnya tetapi tunainya tiada.

Renungkan. Jangan hanya sayangkan produk basi. Kita korbankan kualiti menanti. Ingatlah produk-produk ini adalah lambang kegagaham syarikat. Iaitu parti tercinta kita iaitu UMNO

Salam musim pemilihan dari pu3

Bersambung......

Comments

Popular Posts