INFO : 17 PERMOHONAN KAHWIN MUT'AH PENGIKUT SYIAH DI PAPAR SEJAK 2010

PAPAR:  Sebanyak 17 permohonan telah dikemukakan untuk berkahwin secara Mut'ah oleh pengikut Syiah di daerah ini sejak 2010 hingga 2012, kata Mufti Kerajaan Negeri Ustaz Bungsu Aziz Jaafar.

Menurut beliau permohonan tersebut telah dibuat ke pejabat daerah dan tidak melalui jabatan agama Islam kerana tugas dan tanggungjawab pegawai daerah yang boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Namun permohonan tersebut telah ditolak walaupun pegawai daerah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat akuan sumpah itu," katanya ketika ditemui pemberita sempena seminar Akidah dan Ancaman Syiah di Dewan Masyarakat, Papar di sini pada Rabu.

Katanya, fatwa larangan mengamalkan ajaran Syiah di kalangan umat Islam di negeri ini terlalu umum dan menyebabkan ahli-ahli kumpulan ini berusaha untuk menyebarkan ajaran ini melalui pelbagai cara.

"Antaranya termasuklah perkahwinan secara Mut'ah, jalinan perniagaan, parti politik, pusat pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan".

Menurut Bungsu, ajaran Syiah di Sabah belum berada di tahap membimbangkan.

Namun dalam fatwa yang akan datang undang-undang yang berkaitan dengan Syiah akan diperkemaskan bagi menghalang penyebaran fahaman itu. - BERNAMA

Comments

Popular Posts