PEMILIHAN: TAKUT BAYANG-BAYANG???
Kenapa perlu dibuat pemilihan? Adakah hanya kerana peraturan dan perlembagaan yang mensyaratkan harus berlaku permilihan. Tetapi adakah ia hanya sebagai pra-syarat semata tanpa ada mesej yang tertentu untuk kebaikan dan penambahbaikan parti untuk menjadi sebuah parti yang bertahan dan tetap gagah.
Pada pandangan pu3.. pemilihan ini adalah 1 platform pembersihan dan pemulihan terbaik untuk mengekalkan kualiti dalam parti. Pada yang telah diberi amanah kena sedarlah. Tempoh panjang 3-5 tahun itu sangat panjang untuk menunjukkan betapa diri adalah sangat layak untuk diberi mandat untuk sesi baru.
Cuma.. untuk sayap puteri dan pemuda sekatan usia menyebabkan kepimpinan ini menutup pintu dan masuk ke bilik baru. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk diterima sebagai sebahagian mereka yang sudah berabad di dalam ruangan tersebut. Ada yang survival dan ada juga beralah. Bukan kerana kalah tetapi lazimnya kumpulan beralah ini lebih sukakan suasana keharmonian mengelak pergolakan besar sehingga berlaku pergeseran dan berpecah.
Pu3 wish.. all the best sahabat pu3 yang berusaha mendapat tempat di ruangan baru walau kehadiran mereka seolah-olah ditidakkan. Atau hadirnya mereka konon diterima walhal dipergunakan untuk sokongan. (Alahai.. pu3 nampak sangat lakonan tu. )
Sebelum ini.. pu3 ada menyentuh sedikit berkaitan kempen melalui media sosial dengan pelbagai variasi. Hari ni, pu3 nak tambah lagi sedikit berkaitan kempen di media sosial ini. Pu3 suka tengok kempen menunjukkan kelebihan dan kekuatan. Tetapi apabila keluar pula status kempen memburuk-burukkan lawan ni.. pu3 berfikir.. alangkah bodohnya mereka yang bertanggapan mereka ini kumpulan modern dan canggih dengan kemahiran interaktif di laman media sosial tetapi akal mereka masih terkebelakang dengan mesej jahat lagi celaka menjatuhkan pihak lawan. Tidakkah mereka berfikir panjang.. komen dan update status memburukkan individu tertentu bukan hanya dibawa pihak lawan malahan pihak yang memusuhi parti? Ini bukan bijak tetapi tahap BODOH BINGAI! Nampak sangat TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG!
Adalah khabar-khabar yang pu3 terima .. sama benar mahupun tidak benar hanya individu terbabit sahaja yang tahu. Berkenaan team blocking ni. Mana bukan team.. akan direject dan dikick seumpama musuh dan pembangkang. Walaupun individu yang hendak dinyahkan adalah mereka yang sangat berpotensi lagi bersih. Why???? Betul kata mantan ketua Wanita Malaysia Tan sri Rafidah Aziz. Mengapa takut dengan bayang-bayang? ( maaflah pu3 bukan peminat pun tp kata-kata dia tu boleh dipakai dan dipersetujui. Maaflah Tan sri Rafidah.. masing-masing ada punya pilihan untuk jdkan siapa yang diminati heheheh tpi.. benci tidak sekali-kali)
Adat bertandinglah. Kenalah bertanding dengan cara sihat. Tak perlulah gunakan teknik... taktik kotor yang sepatutnya tidak sekali-kali dilakukan oleh seseorang yang kononnya BAIK sangatttttt!... JANGAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG. Pangkat dunia tak dibawa ke alam kubur. Tak menjadi permit lepas di akhirat juga!
Pemilihan ini adalah suatu kaedah TRANSFORMASI. Kita perlu BERANI BERUBAH. Kalau tak diubah kita akan REBAH. Ingatlah.. calon pilihan terbaik adalah calon jadi pilihan akar umbi. Bukan calon pilihan atasan. Perwakilan kini bukan sahaja bijak malah tahu menilai. Tak usahlah TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG. Janganlah menggunakan kaedah KEMPEN SAMSENG.
Bijaklah berfikir. Jangan kerana hal dunia.. di akhirat kita disoal kerana tak memelihara amanah. Renung-renungkan.
Jom kita lakukan TRANSFORMASI demi parti tercinta kita.
Comments
Post a Comment