MOU PUTERI UMNO MALAYSIA DAN IIM: MEMANTAPKAN LAGI VOUGE


Tahniah pu3 ucapkan kepada pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang telah berjaya berganding bersama Institusi Integriti Malaysia (IIM) dengan termeterai dengan tandatangan Memorundum persefahaman (MOU).

Menurut ucapan YBhg Datuk Dr Mohd Tap bin Salleh Presiden IIM menjelaskan bahawa sejak penubuhan IIM, pergerakan Puteri UMNO banyak membuat program bersama IIM dan pada hari ini semakin kukuhkan gandingan mantap 2 agensi.

Beliau memaklumkan jua. Termeterainya tandatangan Memorundum Persefahaman ini merupakan 1 persefahaman julung kali antara IIM dengan anggota politik. Walaupun sebelum ini, sememangnya ada usaha membuat gandingan namun sering kali terkandas akibat tambatan masa.

Dalam majlis yang sama YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia. Menyatakan sepanjang pengwujudan pergerakan ini. Walaupun dilahirkan sebagai sebahagian sayap politik. Tetapi pendekatan puteri juga tidak lari dari pendekatan kemasyarakatan dan kesukarelawan. Kerana ini adalah sinonim dengan konsep puteri prihatin .

Dengan termeterainya MOU antara Institusi Integriti malaysia (IIM) dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di bawah biro kesukarelawan atau VOGUE. Usaha  kesukarelawan semakin realistik dengan gandingan ini.

Majlis menandatangani Memorundum Persefahaman dilaksanakan Menara Integriti Malaysia di jalan Persiaran duta kuala Lumpur, 24hb September 2013 tercatit 1 lagi sejarah perlu diingati oleh puteri UMNO Malaysia.

Comments

Popular Posts