INI ACAH JEKER?????? GENG 36 DITEMBAK MATI OLEH PDRM

Agaknya setback Sahaja Membaca berita (tak taulah kalau dia baca) bukan lagi terkucil... Penyakit Cirit-birit pun dah menyerang kot!!!!!


Sila baca ini SAMM


GENG 36 DITEMBAK MATI TAHNIAH @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Lebih kurang pukul 9:20 pagi tadi berhampiran persimpangan Lebuh SPA dan AMJ, satu kejadian tembak-menembak telah berlaku membabitkan pasukan polis dengan dua orang penjenayah yang menaiki kereta jenis Perodua MyVi berwarna perak dengan nombor pendaftaran PERODUA 2698.

Sewaktu kereta yang dinaiki oleh kedua-dua orang penjenayah tersebut ditahan, dan anggota polis memperkenalkan diri, kedua-dua penjenayah tersebut telah mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan.

Pasukan polis kemudiannya membalas tembakan menyebabkan kedua-dua penjenyah tersebut berjaya ditumpaskan.


Pemeriksaan awal mendapati salah seorang daripada mereka memegang kad pengenalan palsu dengan nama TARUMAN A/L SP PERUMAL. Kad pengenalan sebenar suspek mencatatkan namanya sebagai SELVAM A/L DEVADASAN yang turut dikenali sebagai Raja atau Cella dan beralamat di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

Semakan mendapati, penjenayah tersebut mempunyai 9 rekod jenayah lampau dengan salah satu daripadanya berstatus DIKEHENDAKI.

Manakala seorang lagi bernama SIVANESAN A/L KALAIARASU beralamat di Taman Thivy Jaya, Seremban, Negeri Sembilan dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Polis turut menemui dua pucuk pistol di dalam kereta tersebut. Sepucuk ditemui di kaki salah seorang penjenayah dan sepucuk lagi ditemui di belakang badan seorang lagi penjenayah.

Kedua-dua penjenayah tersebut merupakan antara 6 orang suspek yang disyaki cuba merompak van security yang membawa wang. 4 yang lain bagaimanapun berjaya melarikan diri.




Sementara itu, seramai 8 orang lelaki yang dipercayai anggota kongsi gelap Geng 04 dan Geng 36 telah ditahan di Melaka sepanjang OPS Cantas Khas bermula pada 17 Ogos lalu. Mereka berusia antara 31 dan 43 tahun. Tujuh daripada mereka menyerah diri di IPK Melaka manakala seorang lagi menyerah di IPD Melaka Tengah pada hari Khamis, Jumaat dan Ahad lalu.


Kesemua mereka menyerah diri bagi membantu siasatan satu kes bunuh yang berlaku di Cheng pada Mei lalu.

Sumber : matkilau Penang blog

Ps:  yang ini Acah jeker atau babak Lakonan kononnya lagi che'gubard??? 

Comments

Popular Posts