PEMILIHAN : APA AGENDA KETAT SANGAT?
Pelik sangat pu3 memikirkannya. Semakin difikir semakin merepek perubahan demi perubahan dibuat dalam peraturan pemilihan 2013 ini. Dahlah syarat-syarat sebelum ini sekejap macam ni sekejap macam tu (walau tak menyertai mana2 pertandingan peringkat bahagian mahupun pusat) tetapi apa yabg dilalui oleh sahabat-sahabat pu3 sangat perlu diberi perhatian!
Kenapa selepas melihat betapa ramainya calon mendaftar terus dibangunkan Kod etika pemilihan 2013 yang antaranya menetapkan calon tidak boleh berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diaturkan Badan Perhubungan Umno setiap negeri dilihat terlalu ketat?
Melihat jumlah calon dan jadual yang sudah diedarkan sampai di tangan pu3. Pu3 boleh katakan. APA DAJAL punya penyusunan jadual ni?!!! Dahlah sesi memperkenalkan diri rapat sangat. Dah tu dihimpun 1 1 lokasi yang ditetapkan!!! Calon dan pengiring sahaja dah cukup memenuhi dewan yang disediakan! Belum lagi perwakilan yang datang untuk melihat sendiri calon-calon yang menawarkan diri.
Berapa lama sesi memperkenalkan diri ini? Sehari? Untuk 1 negeri? Pu3 nak tahu.. ada tak pengurusan pemilihan 2013 mengambil kira kerumitan perwakilan datang berhimpun? Nak contoh terdekat Sabah. 25 bahagian tau! Lokasi dari 1 tempat bukan seperti negeri lain! Jauh belaka. Setakat zon 1 sahaja campur sedikit perwakilan dari zon 2.. bangunan perhubungan UMNO Sabah dah muntah pengunjung!
Kena ambil kira pula perwakilan yang datang dari zon 5 dan zon 6 Sabah. Perjalanan antara 4 jam hingga 12 jam by road bukan suatu perjalanan yang sangat mudah. Apa tah lagi.. perwakilan di sabah adalah perwakilan yang sangat ramai memandangkan cawangan disetiap bahagian melebihi ratusan!
Seperti yang dikatakan oleu Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata dalam PC, pihaknya menerima banyak aduan daripada calon Pemuda Umno yang bertanding di pelbagai peringkat yang merasakan syarat itu tidak wajar.
Khairy berkata, generasi muda dalam Umno memerlukan kebebasan lebih luas dan bukannya ingin menggalakkan perkara tidak sihat.
Beliau berkata, sekiranya calon sekadar mengadakan pertemuan dengan perwakilan untuk menyatakan hasrat mengundinya, itu bukanlah menjadi satu kesalahan.
"Kalau tak boleh buat itu, apa jenis kempen yang kita boleh buat. Takkanlah kita nak kempen pun jadi kesalahan dalam parti. Kalau sekiranya ada serangan peribadi, ada fitnah, ada politik wang, itu kita boleh ambil tindakan.
"Hari ini kita ada media sosial, kalau sekiranya kita tidak boleh kempen secara peribadi maka semua yang kita buat dalam media sosial ni pun sama juga.
"Jadi saya harap Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Lembaga Disiplin dapat fikirkan semua syarat-syarat ini," katanya ketika ditemui sempena Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Pemuda Malaysia di Dewan Bangunan Umno Tampin, dekat sini, semalam.
Pu3 sangat bersetuju dengan kenyataan YB Khairy. Seharusnya perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira kepada keperluan. Walaupun sayap wanita mahupun ahli biasa tiada had umur tetapi ada dikalangan mereka yang pernah dipilih pada pandangan pu3 wajar diturunkan. Setakat memenuhi kouta kepimpinan dan hiasan pentas sama ada peringkat bahagian mahupun pusat. Tak main peranan pun.. buat apa !
Lagi parah untuk puteri dan pemuda pula. Sudahlah umur terhad. Dah tu kena terpaksa menutup pintu apabila umur dah cecah 35 untuk puteri dan 40 untuk pemuda mengucapkan selamat tinggal kena pindah bilik baru... pengganti sudah tentu orang baru. Lazimnya mereka ini hanya dikenali kawasan di mana mereka berada. Sedangkan memilih untuk peringkat pusat memerlukan undian seluruh bahagian- bahagian.
Setakat program sesi memperkenalkan calon atau pu3 lebih suka kata.. walkcat.. alahai.. ini pemilihan kenal penampilan saja kah? Lambai-lambai kepada perwakilan yang hadir? Adakah melihat penampilan sudah cukup membuat perwakilan mengenali calon berkenaan. Kalau calon-calon yang sememangnya dikenali. Memegang jawatan menteri atau timbalan menteri . Atau calon yang mempertahankan. Tetapi bagaimana pula calon baru yang tidak dikenali semua tempat? Mereka cukup cemerlang kepimpinan mereka di kawasan mereka. Adakah sudah cukup sesi walkcat sahaja?
Pu3 sangat tidak bersetuju dengan sekiranya itu pengisian sesi memperkenalkan diri calon. Pemilihan 2008-2009 sebelum ini pun setiap perhubungan negeri diminta membuat program sebegini. Terasa pula diri diperkenalkan umpama menyertai pertandingan RATU CANTIK di atas pentas. Pu3 bersyukur ketika itu. Kempen bergerak bertemu secara langsung dengan perwakilan pu3 di bahagian- bahagian boleh digabungkan memandangkan ketika itu setiap bahagian hanya 4 orang sahaja yang layak mengundi untuk peringkat pusat. Bayangkan sekarang. Sekiranya 1 bahagian cawangannya mencecah hingga 130. Didarab 5 orang. Nak dihimpun 1 negeri. Bolehkah calon melakukan capaian kenal dengan dekat?
Bagaimana perwakilan mengetahui calon itu? Apa visi dan misinya. Pencapaiannya bagaimana. Orangnya bagaimana baik hatikah.. tegaskah.. suka berguraukah... pemalukah?....
Apabila diumumkan syarat begini ketat. Pu3 dapat rasakan. Ada agenda yang dibuat demi kepentingan pihak-pihak tertentu. Walau tidak jelas tetapi berlaku SEKATAN ke atas individu lain untuk masuk dalam kelompok tersebut.
Pu3 nak pinjam kata-kata yb Khairy :
"Ingatlah, musuh kita yang sebenar bukan dalam dewan ini walaupun dalam satu bahagian ada kumpulan-kumpulan, tapi ingat kita masih lagi saudara dalam perjuangan yang sama untuk agama, bangsa dan negara.
"Pembangkang nak lihat kita lemah, pembangkang nak tengok kita berpecah sebab itu mereka amat minat dengan pemilihan parti yang sedang berlangsung, tapi kita buktikan sekali lagi dengan berkat kalimah Allah bahawa Umno tetap dan kekal parti keramat yang akan menjaga dan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
"Saudara kena buktikan pertandingan sebenar bukan pada Pemilihan Umno Oktober ini tapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang,"
Ingat-ingatlah. Jangan kerana menjaga kepentingan individu tertentu sanggup menidakkkan kepentingan individu berhak lain. Mungkin peraturan dunia bolehlah diubah suai mengikut suasana. Tetapi wajib diingat. Hukum dan undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Allah swt.. tiada siapa boleh mengubahnya. Ianya mempunyai perkaitan.. penggubal undang-undang dunia. Jika penggubal itu amanah. Selamatlah dia. Jika penggubal itu adalah individu yang hanya menjaga kepentingan individu tertentu.. dunia mungkin dia selamat. Di akhirat terjamin dia tidak akan selamat
Renung-renungkan. Selamat membuat pilihan dengan amanah dan bijaksana
Bersambung.....
Comments
Post a Comment