NEGARA MESTI TINGKATKAN RANTAIAN NILAI UNTUK TERUS MAMPAN : MUSTAPA

KUALA LUMPUR:  Malaysia mesti menggerakkan rantaian nilainya melangkaui pembuatan dan pengeluaran untuk kekal mampan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata untuk mencapai matlamat ini, negara memerlukan pemimpin dengan pemikiran baharu, keupayaan yang lebih segar dan kemahiran khusus.

"Pemimpin kita mesti boleh mengenal pasti peluang global bagi meningkatkan rantaian nilai kita," kata beliau.

Mustapa berkata demikian pada majlis pelancaran rangkaian Siri Kepimpinan 2013, bertujuan memajukan pemimpin generasi akan datang.

Acara Siri Kepimpinan ini yang menarik 250 profesional muda, dianjurkan oleh GlobalNxt University dengan kerjasama Young Corporate Malaysians.

Terdahulu, Mustapa berkata pendidikan kekal sebagai pemboleh penting dan signifikan kepada perjalanan transformasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

GlobalNxt University, merupakan sebahagian daripada rangkaian Manipal Education ialah universiti berdaftar Malaysia, berpengkhususan dalam pendidikan dalam talian.

Young Corporate Malaysians ialah kelab perniagaan untuk profesional muda Malaysia, berusia antara 21 hingga 30 tahun. - BERNAMA

Comments

Popular Posts