APA KAITAN JOIN PR DENGAN PERJUANGAN BAHASA IBUNDA?

Pu3 sangat hairan dengan pemahaman pakcik seorang ini. Bagai nak tunjuk gagah konon tidak kisah jika gelarannya sebagai sasterawan negara di tarik. Lagi hairan apabila mengaitkannua konon perjuangannya ke atas bahasa ibunda.

A SAMAD SAID BERKATA :
"Gelaran Sasterawan Negara itu hanya untuk duniawi sahaja tidak boleh dibawa ke dunia baqa," kata beliau kepada Astro Awani.

"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.

"Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.

PU3 nak tanya.. apa kaitan memperjuangkan bahasa ibunda dengan penyertaan kempen-kempen PR ? Adakah menyertai kempen budak-budak PR ini sebagai sebahagian perjuangan mempertahankan bahasa ibunda? Di mana perkaitannya pada mata A Samad Said*???

Adakah ketidakstabilan menyebabkan A samad Said mengalami masalah membezakan antara perjuangan bahasa ibunda dengan dipolitikkan oleh sandiwara si anwar bersama kuncu-kuncunya?
Tidakkah seorang yang cintakan bahasa tidak mendalami pemahaman mesej yang digunakan pakai dalam bentuk penulisan dan perkataan membentuk ayat menggambarkan untuk tujuan apa bahasa itu digunakan?

Alahai.. tolonglah belajar memahami bahasa dipolitik dan mempolitikkan agenda ya. Jika mengaku sebagai pejuang bahasa. Kenalah memahami erti mesej dalam bahasa.

Comments

Popular Posts