LAPOR JIKA KESAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI MEDIA SOSIAL : JAILANI

KUALA LUMPUR:  Pelayar internet diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa relevan sekiranya mengesan sebarang aktiviti atau kegiatan yang menjurus kepada penyebaran fahaman Syiah di media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata media sosial termasuk Facebook kini dilihat menjadi antara medium popular untuk gerakan tertentu menyebarkan fahaman Syiah yang dilarang di negara ini.

"Kita lihat penularan ajaran Syiah agak membimbangkan kerana dulunya dikeluarkan melalui penerbitan seperti makalah dan sebagainya, namun sejak kebelakangan ini ianya lebih menjurus kepada media sosial.

"Justeru sekiranya dilihat di Facebook atau mana-mana laman sosial yang menyiarkan ini (ajaran Syiah), mereka (pelayar internet) perlu membuat laporan atau aduan segera kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Kemerdekaan Mexico Ke-203 di sini pada Khamis.

Beliau berkata kementeriannya juga bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk memantau aktiviti penyebaran fahaman Syiah agar masyarakat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan gerakan yang semakin agresif menarik pengikut melalui media sosial.

"Dan saya harapkan pelayar internet lebih berhati-hati kerana tidak semestinya apa yang dinyatakan dalam media sosial itu benar terutama yang berkaitan dengan ajaran Syiah yang jelas terpesong," katanya. - BERNAMA

Comments

  1. 公告社会人士,
    主席MCA GOMBAK叶金福住Taman Desa Jaya,吉隆坡甲洞是一个佛教信仰叛徒。
    1)他用权力暴力试图打僧侣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR
    2)他用 权力叫警察和外人到来佛教神圣的地方,试图抓佛教僧侣。僧侣做错了什么?
    3)他用权力吃佛教协会的金钱。
    4)他用权力骗妇女的钱和破坏别人的家庭
    5)他是一个邪恶和说谎的人

    Memberitahu kepada orang ramai,
    Ketua MCA Gombak YIP KUM FOOK yang bertinggal di Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ialah seorang pengkhianat Buddha.
    1) Dia guna kuasanya upah kumpulan ganas cuba menukul Sami Buddha SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KL.
    2) Dia guna kuasanya suruh polis dan orang luar pijat tanah suci Kuil, cuba menangkap Sami Buddha tanpa kesalahan.
    3) Dia guna kuasanya makan wang persatuan Buddha.
    4) Dia guna kuasanya tipu wang perempuan dan merosakan keluarga orang lain
    5) Dia benar-benar orang jahat dan penipu

    Inform the public,
    Head of MCA Gombak YIP KUM FOOK stay at Taman Desa Jaya, Kepong Kuala Lumpur is a traitor Buddha.
    1) He used his powers wage violent of groups tried hammer Buddhist Monk at SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR
    2) He used his powers to order police and outsider to step the Holy place, try to catch the Buddhist monks without wrongdoing.
    3) He used his powers to corruption money of Buddhist associations.
    4) He used his powers to cheated women's money and broken people family
    5) He's totally evil and lying
    By MCA RAWANG

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts