KDN SERAH NAMA AHLI KONGSI GELAP TERLIBAT DALAM POLITIK

BAGAN DATOH:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada pihak polis untuk mendedahkan nama individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan mendedahkan nama individu terlibat bila tiba masanya.

"Bila akan didedahkan saya serah pada pihak polis. Tiba masanya polis akan dedahkan dan tindakan undang-undang akan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Skuad 1Malaysia Negeri Perak bersama Menteri di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Puan Sri Zuraidah Mohamed dan Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. - BERNAMA

Comments

Popular Posts