BIAR BETUL!!!!! NAK GLAMOURKAN KEMATIAN CHIN PENG UBAH TARIKH KEMATIANNYA!!!!

Lalalalalalala.....
Kasihan sungguh.. nak mengangkat komunis jahat ini sanggup nak ubah tatikh kematiannya. Dah tak ada carakah nak menaikkan nama penjahat yang zalim ini?

Konon nak jadikan 16hb sept sebagai tarikh memperingati kematiannya. Saja nak ambil tarikh sama Hari malaysia. Nampak sangat DAP ni hantu-hantu dan warisan komunis yang zalim du negara kita dahulu!

Lagi bodohnya.. ada juga orang yang rasa cerdik pandai sangat sanggup meletakkan si bangsat tu dalam doa diletakkan golongan orang beriman! ALLAHU AKBAR! sasau apa kebenda manusia tu!!!

Baca lagi:

GEMPAR ! TARIKH KEMATIAN CHIN PENG BUKAN 16 SEPTEMBER ?!!!
Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang.

Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).

Bagaimana pun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang hidup dalam buangan di Thailand dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bangkok pada awal pagi 16 September lalu akibat sakit tua.

Sepanjang mengepalai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman telah dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya bagaimanapun akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

Sumber turut memberitahu bahawa Chin Peng sempat menulis wasiat yang dipamerkan di Kuil Wat That Thong yang mengandungi hasratnya untuk diingati sebagai orang yang berani dan mahu generasi muda mengikut jejak langkahnya dalam 'memperjuangkan idealisme".

"Apa yang diwasiatkan oleh Chin Peng itu sangat berbahaya dan boleh mengundang ancaman kepada negara lebih-lebih lagi generasi muda mudah terpengaruh kononnya apa yang diperjuangkan itu adalah benar sedangkan perjuangannya amat kejam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan," kata sumber itu.

Kuil tersebut akan menjadi lokasi persemadian terakhir bagi bekas setiausaha agung PKM itu sebelum upacara pembakaran mayatnya yang dijadualkan pada petang Isnin ini - UM

Sumber artikel: blog Dr MIM

Ps: pintar mulut je.. tapi bukan cerdik minda . Tu yg individu-individu tertentu asyik mencanang sokong DAP

Comments

Popular Posts