ESSCOM QKAN DAPAT ASET BARU TIDAK LAMA LAGI : ZAHID


KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) akan mendapat aset baharu tidak lama lagi bagi meningkatkan keupayaannya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebahagian aset itu telah pun dibeli, terutama bagi tujuan pengawasan dan sekarang menunggu penghantaran. "Penghantaran mungkin mengambil sedikit masa kerana sebahagian daripada aset itu dibeli di luar negara. Saya sendiri akan memeriksa kualiti aset ini," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota keselamatan yang terlibat dalam gerakan ofensif 'Operasi Daulat' terhadap pengganas di Lahad Datu awal tahun ini.

Ahmad Zahid juga berkata pasukan polis merancang membina lapan balai polis baharu dalam Zon Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSZONE).

Pada masa ini, katanya, kabin digunakan sebagai balai polis sementara dan beliau berharap menerima peruntukan kewangan bagi pembinaan balai polis berkenaan tidak lama lagi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kementerian itu akan mengkaji untuk menaik taraf balai polis usang dan kuarters kediaman di Sabah. -BERNAMA

Comments

Popular Posts