TATKALA SI BANGANG DI JULANG TINGGI
Pu3 pelik dengan ketidak stabilan sasterawan negara yang sangat bermegah dengan gelaran sementara diterimanya. Bukan pu3 tak menghormati nya sebagai salah seorang yang memperjuangkan kesenian melalui penulisan sastera kreatif. Namun, perangainya akhir-akhir ini mencerminkan betapa kacaunya pemikirannya.
Walaupun pu3 bukan sebahagaian mereka yang 'follow' di twitter lelaki ini. Tetapi cukup mudah jua membaca status yang ditulisnya.
Tindakan menyertai mengibarkan bendera @ sang saka malaya itu pada pandangan pu3 adalah tindakan seseorang yang gagal menerima hakikat penolakan bendera tersebut sebelum ini. Kenapa nak mengibarkan bendera selain jalur gemilang dikala menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia?
Dah yang tua tunjuk perangai tak menghormati jalur gemilang. Apa lagi yang muda selalu dicop sebagai manusia belum matang fikirannya kan.
Adakah sebagai sasterawan negara beliau menganggap dirinya kebal ke atas perundangan atau meletakkan dirinya sebagai individu yang tidak boleh ditahan oleh mana-mana anggota keselamatan kecuali lokasi yang ditetapkannya sendiri. Andai kononnya tiada surat arahan terima untuk menyerah diri sampai ke tangan.. takkan beliau tidak membaca berderetan info media .
" apa guna bermegah gelaran dunia , ianya hanya dimuka bumi. Tatkala tubuh dimakam bawah. Tinggallah segala gelaran, bekalan iman yang dibawa" - pesanan pu3 untuk mereka mungkin taksub pada gelaran dunia.
Pu3 bersetuju dengan kenyataan ini :
Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.Shabery itu berkata, tindakan sedemikian hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.
"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi kepada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di Petaling Jaya, malam tadi.Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.Ahmad Shabery berkata, tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan disifatkan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.
"Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang," katanya - BERNAMA
Ps: tarik je gelaran yang dibanggakan tu. Ramai lagi sasterawan negara yang layak memegang. Tak mati semua seniman hanya gelaran A Samad Said ditarik!
Lagi pu3 pelik tindakan ini disokong oleh Komunite Seni Jalan Telawi atau KsJt yang diwakili jurucakapnya Eekmal ahmad menjadikan tindakan 3 manusia sebagai tindakan tidak mengancam negara ... baca:
"Kami percaya mengibarkan bendera tersebut bukanlah satu kesalahan kerana ia sejajar dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin Kebebasan Bersuara dan bendera itu tidak pernah dan tidak akan mengancam kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
KsJT juga kata Eekmal mempersoal kebijaksanaan pemerintah dan pihak polis yang mengandaikan mengibarkan sejenis bendera lain itu dianggap menghina Jalur Gemilang.
"Apakah bendera yang digelar Sang Saka Malaya itu kini merupakan satu ancaman kepada negara?
"KsJT menggesa pihak polis untuk meneliti sejarah sebenar bendera tersebut, yang tidak pernah diangkat sebagai bendera alternatif kepada bendera Malaysia," katanya.
Beliau berkata bendera tersebut hanya pernah dicadangkan Angkatan Pemuda Insaf sebagai bendera Umno namun ditolak selepas kalah undi.
"Justeru jika ini fakta sejarahnya kenapa pihak polis menahan ketiga-tiga itu atas alasan menghina Jalur Gemilang?" soal beliau.
Eekmal juga berkata, KsJT percaya tindakan itu merupakan satu usaha untuk mengekang orang Melayu dan rakyat Malaysia dari pelbagai tafsiran sejarah terutamanya berkaitan kemerdekaan. - Astro Awani 4hb sept 2013
Tidakkan Eekmal menyedari.. perlu membela tindakan mengebarkan bendera sang saka malaya sebagai tindakan kononnya harus menarik perhatian mengkaji sejarah secara terperinci kononnya berlaku penyembunyian sejarah untuk pengetahuan.
Soalan pu3.. kenapa harus bermegah pada bendera yang telah dicipta untuk bendera UMNO tetapi tidak diterima sebagai sebagai suatu tuntutan rakyat wajar mengetahui asal-usul bendera tersebut dan mengaitkannya dengan kemerdekaan. Sebagai seorang ahli UMNO sejarah menolakan bendera berkenaan sebagai bendera UMNO bukanlah bahan untuk pu3 zahirkan bahawa ia boleh dijadikan simbol untuk menunjukkan rasa kecintaan dan kebahagiaan menyambut hari kemerdekaan.
Pada pandangan pu3, sikap bertindak tak seiring dengan situasi sebegini menceritakan ada agenda busuk bagi tujuan mencetus sesuatu ketegangan.
Siapa A Samad Said atau 2 mamat adam nak mengibarkan bendera yang pernah dikaitkan hasrat Angkatan Pemuda Insaf menjadikannya sebagai Bendera UMNO? Adam mahupun A samad said bukan seorang ahli UMNO. Jika perlakuan ini dilakukan dari mereka yang menganggotai UMNO. Wajarkah kemungkinan dikaitkan tindakan berontak individu ke atas kepimpinan yang mungkin lupa.
Seperkara lagi. Kenapa Eekmal mendesak untuk mengkaji sejarah pengwujudan bendera Sang Saka Malaya sebagai bendera Altwenatif Malaysia. Kenapa negara Malaysia memerlukan 2 bendera sebagai identiti negara? Bukankah itu akan menimbulkan kekeliruan kelak?
kenapa nak membanggakan bendera sang saka Malaya? Adakah ini sebagai penzahiran penolakan mereka kepada pembentukan Malaysia dengan gabungan Tanah melayu, Sarawak dan Sabah? Menidakkan 2 negeri di kepulauan Borneo sebagai sebahagian anggota negara Malaysia? Suasana ini boleh ditafsirkan dalam macam-macam variasi. itu pemahaman pu3 sebagai anak jati Sabah apabila 3 manusia bertindak seumpama menjadikan sang saka malaya untuk hari kemerdekaan.
Eekmal percaya mengibarkan bendera tersebut bukanlah satu kesalahan kerana ia sejajar dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin Kebebasan Bersuara dan bendera itu tidak pernah dan tidak akan mengancam kedaulatan negara?????
Di mana semangat menghormati perlembagaan Persekutuan yang dilakukan oleh 3 manusia itu? Adakah selama ini salah seorang daripada mereka adalah individu yang sentiasa menunjukkan tindakan menghormati perlembagaan? Adam adli? Si mamat yang lebih sinonim berada di hadapan melakukan perkara menentang undang-undang.
Tidakkan Eekmal menyedari bahawa nawaitu ketiga manusia itu adalah mengajak individu lain menyertai mereka bagi tujuan provok kepada sasaran mereka. Kemungkinan untuk menimbulkan kemarahan individu lain yang tidak bersetuju dengan gelagat mereka. Mencabar mereka yang melihat perbuatan mengibarkan bendera itu utk menegur atau terus memarahi mereka. Atau mengetahui dalam suasana berkumpul. Tidak mustahil di kalangan khalayak itu orang UMNO dan ketiga lelaki ini adalah budak PR naik marah dan berlaku pergaduhan. Jika berlaku bergaduhan.. tidakkan akan berlaku ancaman pada keselamatan? Hello bro.. lu tak fikirkah hal ini sewaktu bertungkus lumus membuat kenyataan membela ketiga manusia tak berguna ini. Atau lu bro saja nak naikkan nama lu untuk popular!
Tak bebaskah selama ni bersuara di negara Malaysia? Kalau tak bebas. Taklah wujud status-status tak bertanggungjawab budak-budak PR menjaja cerita temberang mereka di alam maya. Mana penipuan cerita direka di twitter.. di FB.. Blog. agaknya korang belum Keluar ke negara yang mengehadkan penjelajahan di internet. Blog tak dapat. FB tak boleh
Twitter tak boleh. Bukan tak ada bekalan internet tetapi dikawaL sangat ketat. 3 media sosial sememangnya tidak boleh diaccess. 10 hari berada di negara berkenaan sudah cukup menyebabkan pu3 menikmati dan bahagianya di Malaysia yang sangat memberi kebebasan pu3 untuk berada di alam maya! Lu Bro Eekmal kata pemerintah mencetuskan suasana kegusaran untuk bersuara atau lebih mudah menghalang kebebasan bersuara? Bodohlah punya pembelaan!
Janganlah menjulang si batu menjadi layang-layang. Jatuh menghempap diri sendiri bro!
Comments
Post a Comment