OPERASI BERSEPADU 6P : 2, 433 PATI BERJAYA DITAHAN

Sebanyak 2, 433 pendatang asing tanpa izin (pati) berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi 6P bersepadu yang diadakan pada Ahad.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam operasi di seluruh negara itu, pati dari Indonesia dan Myanmar paling ramai ditangkap iaitu masing-masing seramai 717 dan 555 orang.


Selain itu, sejumlah 387 pati warga Bangladesh dan 229 dari Nepal berjaya ditahan.

Lain-lain warganegara yang turut ditahan adalah dari Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, Nigeria, Thailand dan China.

Ops 6P bersepadu yang akan dijalankan menerusi beberapa fasa sehingga 31 Disember ini adalah bagi memburu  400,000 pati selain 45,000 majikan yang masih berdegil menggaji golongan itu.
-Astro Awani

Comments

Popular Posts