TAK KIRA KAWAN LAMA, TIADA KOMPROMI : ZAHID HAMIDI

Ketegasan Menteri Dalam Negeri Ds Zahid Hamidi mendapat pujian kawan dan lawan. Kesungguhan beliau untuk mengembalikan peranan sebenar pihak polis memang amat dialu alukan. Undang undang baru yang bakal diperkenalkan sudah pasti bakal memudahkan pihak polis untuk mengambil langkah pencegahan bukan hanya memberi amaran atau membuat tangkapan kemudian suspek dilepaskan begitu saja..

Rupanya pondan tua si Hishamudin Rais adalah rakan lama Ds Zahid Hamidi,namun atas ketegasan pihak KDN dan Polis. Tiada kompromi buat Hishamudin Rais telah di tangkap dan disoal siasat.Sudah pasti tindakan bakal diambil kerana telah membuat hasutan.

Draf pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang sedang dirangka akan memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek pencegahan jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini draf berkenaan diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada 23 September ini.

"Saya berharap polis akan lebih bertaring dalam tugas membanteras jenayah selepas akta berkenaan dipinda dan diluluskan kelak.

"Sehubungan itu, saya berharap akta tersebut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuklah di kalangan parti politik pembangkang.

"Kita mungkin berbeza pendapat dan ideologi politik namun apabila menyentuh tentang keselamatan negara, kita harus ketepikan semua perbezaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Minggu Sambutan Siswa Baharu Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sidang akademik 2013/2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Ahmad Zahid berkata, pindaan itu lebih memberi tumpuan kepada langkah pencegahan jenayah.

"Antaranya, tahanan tanpa bicara selama 72 hari dengan kebenaran mahkamah akan dikekalkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rapi.

"Selain itu, kita akan memastikan akta tersebut turut terpakai dan sah diamalkan di Sabah dan Sarawak kerana ketika akta berkenaan diwujudkan pada 1959, kedua-dua buah negeri itu masih belum menyertai Malaysia," jelasnya.

Menurutnya, kuasa membanteras dan mencegah jenayah yang sedia ada perlu diperkukuhkan selepas Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933 dimansuhkan.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas tentang penahanan aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya yang dianggap menghina Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi negara, Ahmad Zahid meminta semua pihak agar rasional tentang perkara berkenaan.

"Mereka ditahan kerana terdapat laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik dan polis harus menyiasat.

"Saya bersikap profesional dalam hal ini walaupun Hishamuddin merupakan kawan lama yang dikenali lebih 40 tahun lalu ketika kami sama-sama menuntut di Universiti Malaya. Apabila melibatkan undang-undang, saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada polis untuk menyiasat," ujarnya.

Sumber : pisau net

Comments

Popular Posts