Followers

Saturday, June 2, 2012

DUDUK TUNTUT: MACAM DUDUK WARUNG KOPI JA

Apa dah jadi ni? Apa agenda sebenarnya PKR master mind DUDUK & TUNTUT RCI di penampang hari ini (02hb jun 2012) 

Semalam pu3 terima broadcast massage dari individu berkenaan himpunan ini. Kemudian menerima pula berita YAB PM mengumumkan kerajaan meluluskan penubuhan RCI untuk maslah PTI di Sabah seperti mana yang diperjuangkan oleh kepimpinan BN Sabah sejak dulu lagi.

duduk lepak je ni, macam lepak minum kopi sahaja
Pu3 tunggulah , andai ada lagi push massage dari individu tersebut dengan harapan memaklumkan himpunan DUDUK dan TUNTUT terbatal selepas pengumuman tersebutm ( yalah logiknya, andai yang nak diperjuangkan dah dipenuhi, ia akan menghentikan tindakan yang bakal dilakukan)

Pu3 ada juga maklumkan pada sahabat pu3 pemuda UMNO berkenaan berita projek mega Pakatan pembangkang Sabah di Padang siol, penampang tu. Dari gaya ayatnya, sahabat pu3 tu sudah maklum berkenaan tersebut. Ok legalah. Ertinya mereka sangat peka . Pu3 difahamkan kawasan Penampang ini sememangnya kawasan fokus pakatan pembangkang nak memanaskan keadaan. 

Sekali jumpa gambar.. Uik? Ini duduk Tuntutkah atau duduk melepak di kedai kopi. Boleh pula duduk atas kerusi di bawah khemah yang sedia di dirikan. Alamak! Pu3 bayangkan DUDUK TUNTUT ni sama seperti yang mereka lakukan pada 28hb april di padang merdeka kota kinabalu! Rupanya tidak! Ish! Ni kalau dari pagi ke malam pun no problem! Sah tahan duduk punya, boleh goyang-goyang kaki lagi! 

Mengikut cerita, disasarkan 3000 orang akan berkumpul. Mengikut kiraan blogger DKM antara 150-300. Tapi kalau tengok gambar yang dia sertakan. Jangankan 300, pu3 andaikan tidak lebih 100 orang sahaja! Berdasarkan lokasi dan posisi gambar diambillah. ( Gambar diambil dekat sangat. Ada kelebihan dan kekurangan. Muka boleh nampak, anggaran keseluruhan pula tidak dapat diandaikan. Tiada bukti menunjukkan jumlah antara 150-300 ada jelas)

Persoalan pu3, apa agenda sebenarnya pakatan pembangkang nak teruskan juga himpun ini, walau telah menerima pengumuman kelulusan tuntutan mereka oleh PM sehari sebelum himpun? Nak buat sure kecoh agaknya ya? Konon kuasa pakatan berhimpunlah PM terpaksa akur? 

Malangnya agenda nak glamourkan diri tidak kesampaianlah Bro! Jumlah yang hadirpun, menyemak mata ja. Macam jagung tidak cukup biji mau dimakan.

Kalau ini diperjuangkan. INI KALILAH, pu3 jawablah, BOLEH BLAHLAH KO. SIOU! Korang berjuang tidak ikhlas. Hanya nak ambik ruang nampakkan diri sahaja!

Pssssstttttt...Sori DKM. Memang pada asalnya pu3 nak copy ur artikel n paste it di blog ini dan berhasrat akan umumkan juga sumber artikel ni. Tp.. Ada pula halangan tidak boleh copy2.. Pu3 ada inisiatif jugalah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS BUKAN JAMINAN MASUK SYURGA: HADI

PEWARIS ANAK BANGSA

ALOR SETAR 1 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.
Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.
Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.
"Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Khas Presiden Pas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia pada 26 Mei lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Abdul Hadi juga turut dilihat bercanggah pendapat dengan Nik Abdul Aziz dalam isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Ini jelas apabila pada sidang akhbar itu beliau menyatakan parti tersebut tetap mahukan orang Melayu beragama Islam menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Sebelum ini Nik Abdul Aziz menegaskan, tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam.
Menurut Nik Abdul Aziz, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.
Bagaimanapun Abdul Hadi pula menegaskan, pemimpin yang bakal dilantik menyandang jawatan itu mesti individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya orang Melayu beragama Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
"Kita berasaskan kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan.
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu. Kita bergerak atas tapak itu, tak mahu gopoh," katanya.
Kenyataan beliau juga turut bercanggah dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Abdul Hadi seterusnya berkata, mengikut prinsip asas kepada amalan demokrasi ialah pemimpin bukan Islam tidak sesuai untuk memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini yang majoriti penduduknya adalah Melayu beragama Islam.

NIZAR YANG KATA "PETANDA KEJATUHAN PAS DI SEMUA PERINGKAT"



PAda pemaca yang budiman. seperti artikel pertama dankedua berkaitan himpunan hijau PAS. Pu3 ada katakan fokus pu3 untuk ini adalah kesasulan ucapan Nizar. 24 komen pada artikel pertama pu3 semua mengamuk sakan, menyumpah dan memaki hamun pu3 dengan mengatakan pelbagai kata. Tak apa, pu3 maafkan.  biasalah kalu dah emosi menguasa dirikan

dah tengok tak video di atas. tk edit ubah suara tau. original versi suara Nizar tau. tengok dan dengar betul-betul ucapan nizar ini

PEWARIS ANAK BANGSA


Dengar di 0:10, Nizar kata "ini petanda kejatuhan PAS disemua peringkat.

Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11).

Nizar tersalah 'slip of the tongue'. Khalid Ibrahim silap juga di PRK Ijok 2007 untuk suruh undi BN.


Mudah-mudahan, tercapai kata-kata Nizar. Amin!

Kali terakhir kesilapan sedemikian berlaku, Khalid Ibrahim suruh orang undi BN ketika bertanding PRK Ijok tahun 2007. Betul orang undi BN dan menang BN.

HIJAU DAN KUNING. JAUH BEZANYA

Sebaik sahaja pu3 kongsikan gambar yg pu3 perolehi dari blog Matkilau. Belum sempat sahabat pu3 post kat Fb group.. Bagai goreng pisang panas laju pengunjung datang. Mengamuk sakan ada, memaki ada. Korang boleh baca. Saja pu3 nak kongsi. Nak nilai, part mana pengunjung lebih tertarik. Hakikatnya semua hanya komen bergntung gambar yang pu3 kongsikan tak baca sehingga habis. Artikel itu sebenarnya nak fokus nizar yang SASUL berucap. Adatlahkan. Orang suka tengok yang awal, apabila emosi melanda, penutup cerita tak tengok dah.

Tahniah pu3 ucapkan pada penganjur himpunan hijau PAS kat studium alor setar semalam. Memang ramai. Mengikut infomer pu3. Tahap disiplin duduk diam dan dengar sangat tinggi. Kusyuk sangat. Alhamdulillah.
Berbeza sangat dengan PAS yang ikut demo Bersih 3.0. Unit amal PAS juga antara yang macam kambing lepas semua nak dilanggar. Jangan marah, itu hakikat berlaku ketika peristiwa itu berlaku. 

Andailah penganjur BERSIH baik niatnya nak buat himpunan aman seperti digambar gamburkan seperti himpunan hijau PAS ini. Elok bebenor pu3 tengok. Hatipun tak panas, harta benda awampun tak ada rosak. Tak ada kecederaan berlaku, anak-anak kecil tak meraung kepedihan mata, tak adalah yang masuk tahanan sementara akibat menyertai demo haram tu.

Alangkah eloknya anjuran bersih 3.0 dibuat indah seperti himpunan hijau PAS ini. Bolehlah kata, 100k ahli PAS menolak BN. Tak apalah pu3 tambah lagi 100k. Jadi 200k menolak BN. Persoalannya. Adakah 200k ini sahaja yang bakal mengundi PAS? Bagaimana selebihnya? 

Seperti kata blogger harapan esok. Tak akan pertikaikan bagaimana orang kampung dapat datang ke studium beramai-ramai menggunakan pengangkutan bas. Penganjur ada strategi agar seluruh studium penuh. Dibayar, ditaja, itu urusan mereka. Nama lagi pengurusan himpunan hijau PAS. Takkan biarkan je studium tu kosong dengan harapan datang dengan rela untuk 100% kan? Berapa kos pengangkutan mereka tanggung, pu3 tak akan pertikaikannya. Itu tanggungjawab koranglah kan. Tak dinafikan ada juga datang dengan kos sendiri. Itu pu3 faham sangat. Tapi berapa ramai yang berbuat demikian? Yang rumah berhampiran alor setar.. Bolehlah berbuat demikian. Kalau dari negeri lain? Dah pakai bas? Sendiri kena renung-renungkan ya. Ikut minda jangan ikut emosi

Nasihat pu3 nak main isu, himpunan UMNO atau Himpunan jutaan Belia yang telah berlalu, tak perlulah nak pertikaikan bagaimana penganjur memberi cara mudah berhimpun. Tak perlulah orang PAS nak kata itu duit rakyat. Kena tanya juga presiden PAS, duit himpunan hijau tu pakai duit sape? 

Berbalik ucapan nizar yang nak mentalkinkan UMNO tu, dia dah sediaker nak ditalkinkan dari kerjaya politiknya. Bukan nak kata dia gila ya, tapi akal warasnya dah semakin kurang. Tu yang banyak sangat merapunya. Ucapan berunsur negatif tu, sesuaiker didengar oleh anak-anak yang kecil dibawa oleh si ibu?
Satu je soalan pu3 nak pembaca dari PAS jawab. Perjuangan Islam ni, korang rasa sesuaiker dalam pakatan? Selama ini pu3 simpati dengan kepimpinan PAS yang umpama melukut di tepi gantang dalam pakatan. Suara tak mampu dizahirkan. Jadi pak turut sahaja. Hudud kata diperjuangkan, DAP dan PKR kata , hudud tak ada dalam manifesto pakatan. Perjuangan negara Islam, karpal singh kata langkah mayat dia dulu. Hak Islam selalu dipermainkan oleh DAP, PKr apa lagi nama je melayu pemimpinnya, isu amalan dah nampak jauh menjunam.lagi kasihan pu3 kepada PAS, apabila ada di kalangan pemimpin PAS, bukan lagi pejuang berlatar pendidikan agama. Semua dah masuk mazhab didikan Anwar. Yang ikhlas berjuang Islam, seorang demi seorang ditinggalkan dan meninggalkan. Alangkah kasihan ahli PAS yang benar-benar ikhlas jihad . Nawaitu mereka mungkin tak akan kesampaian.

Alangkah jauh bezanya hijau dan kuning ini. Hijau oleh PAS dan Islam, kuning pula ambiga nan kafir. Pesertanya.. Saudah pasti dalam 100k tu adalah mereka yang ada terlibat dalam demo kuning dulu. Boleh bezakan suasananya kan.

Nasihat pu3, nak anjur apapun himpunan. Elok sangat anjur dalam lokasi yang dibenarkan. Tak perlu ikut perasaan. Agar nampak kematangan dan kebijaksanaan. Nak menarik orang, bukan cara kasar dan gelojoh. Islam tak kata, berjuang dengan. Kekejaman. Andai musuh melawan, barulah jihad. Islam tak menyuruh pengikutnya mengganggu perkara yang tak mengacau. Ingatlah peristiwa tentera asamah, ingatlah pesanan saidina abu bakar kepada tentera Asamah. Sejarah Islam dijadikan panduan .

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 1, 2012

HIMPUNAN HIJAU SAMA MACAM RUMPUT KT STUDIUM

PEWARIS ANAK BANGSA

kempen pakatan bagai nak rak, dalam twitter menceritakan betapa ramainya akan berhimpun di studium. Bakal megalahkan himpunan UMNO di studium Bukit Jalil. Pu3 macam biasalah, menanti gambar-gambar yang sebenar tanpa editing yang dibuat oleh pakatan dalam DEMO BERSIH 3.0.

sekali jumpa... alahai, macam ini jeker terkumpul? ni bukan gambar siang dah ni seperti yang diceritakan tranungkite.net. nak menipu himpunan UMNO ambik gambar masa hari masih lagi terang . ni sportlight dh terangkan studium. pantulannya menampakkan... alamak... kosongnya!

 nak pu3 minta pakat penggunaan sistem fotografi block unutk membuat kiraan setiap gambar yang pu3 perolehi dari Matkilau blog iniker?

mengikut andaian matkilau blog.. jumlah kasar berdasarkan gambar ini dalam sekitar 20 ribu je. patutlah nama himpunan diubah. mulanya dari bisik2 pu3 dengar HIMPUNAN RAKSASA berubah HIMPUNAN 100k pula dah.  rasanya himpunan Hijau ni lebih elok pakai himpunan misteri. apa taknyer. dah hijau. sebiji warna rumput hijau kat studium tu.  yang kosong tu, makhluk2 halus yang mata kasar tak nampak je.. adalah tu kot melebihi 100k

Tengok la sendiri gambar  pentas utama pun nampak  kosong je .....



 kalau ada gambar lain, sila-silalah tinggalkan pesanan kat ruangan komen. jangan pembaca pakatan bagi gambar dah diedit dahler yer.  manusia bolehler korang nak tutup. Maha suci Allah Maha Mengetahui penipuan korang.

pu3pun menunggu infomer yang beri pu3 pict keadaan studium himpunan hijau. pandangan pu3 berdasarkan gambar yang pu3 erolehi dari matklau blg sahaja, andai ada yang latest, pu3 akan kongsikannya ya

Tapi... cerita tak ramai ini perkara kedua. apa yang pu3 nak cerita....

nizar dengan tidak malunya beriucapan yang masa tulah tersasul.. tengok ltar belakang dari tempat Nizar berucap.. nampak betul kosong.  (sumber: rakan blogger)

Himpunan Hijau di Alor Setar - Nizar Jamaludin sewaktu berucap sementara menunggu ketibaan Penyesat Orang Muda Azhar Idrus ke Stadium Darul Aman sekejap tadi amat bersemangat untuk mentalkinkan UMNO, sebut bahawa ajal UMNO sudah hampir tiba, tiba2 beliau tersilap sebut bahawa himpunan ini tanda kejatuhan PAS di semua peringkat. Kesilapan ini adalah sama macam TS Khalid tersilap sebut dalam PRK Ijok dulu. Mungkin baik jika pihak TV media atau internet boleh ulang mainkan kesilapan Nizar berkenaan. - PK House



agaknya nizar tersasul selepas soat yang dibuat oleh hadirin yang hadir dalam studium. Berkat sungguh do mereka ya. boleh pula membentuk kesasulan nizar nak perkatakan apa dalam otak dia. Lazimnya, apa yang ada dalam fikiran, secara spontan itulh ayat yang bakal disuarakan. percaya tak KUASA ALLAH swt? tiada siapapun mampumenahan KEKUASAAN ALLAH.

JAWAPAN KBS BERKENAAN KPOP DI #HBN2012

PEWARIS ANAK BANGSA

Melhat kejayaan Himpunan Jutaan Belia 2012.ak tetap punggung pakatan nak menyelongkar buat isu. dari cerit Ds Hishamuddinnya dan terkini cerita K-Pop yang dicanangkan menggunakan duit rakyat.  sila baca kenyataan di bawah .

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

SIARAN SEGERA


KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN


PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First. 

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.



DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.


1 JUN 2012 

ANWAR DIHALAU DARI MASJID? BETULLAH TU!



rakaman ini dibuat Masjid Tmn. Sri Pulai Perdana

PEWARIS ANAK BANGSA

Inilah dia pemimpin 'maksum' yang kononya disanjung oleh semua rakyat Malaysia. Tapi apa yang kita lihat beliau dihalau keluar dari masjid. Inilah manusia yang pandai bertopengkan hati busuk Yahudi. Nak bersolat memanglah baik, tapi apa yang akan beliau buat sebenarnya selepas solat. Semua orang tahu, Anwar sangat pakar menggunakan ayat melekat, tetapi selalu tersasul tidak beringat, bahawa ayat yang selalu digunakannya tetap akan diingati sesiapa yang pernah mendengar. sekali dua mungkin orang terpesona. dunia kini bukan buta, maklumat tepat banyak ceoat nak dapat. mana yang beringat tak mampu nak ditipu, hanya yang bodoh bingai je selalu jadi pak pandir malang.
Ingin memberikan tazkirah di dalam masjid, apa dasarnya yang beliau setaraf dengan imam atau pun ustaz-ustaz yang boleh memberikan tazkirah atau pun ceramah agama di dalam masjid.Tapi apa yang berlaku, pengurusan masjid memintanya keluar dari masjid. Siap diiring untuk memastikan Anwar benar-benar meninggalkan masjid. 

tahniah pu3 ucapkan atas keberanian pengurusan masjid.  Walau manusia hina ini patut di halau dengan jauh kasar tetapi pembawaan orang beriman tak mendorong mereka mengaibkan manusia ini. Sengaja pu3 kongsikan rakaman ini supaya yang membaca takler tinggalkan komen... penipu buat cerita. video tak dapat nak diubah.

FITNAH MURAHAN PAKATAN : GAJAH TEPI KAIN TAK NAMPAKKER??



 sebelum nak kata, elok tengok video di atas dulu. ini wajah siapa? bukankah dia menari ? kenapa tak persoalkan kenapa dia menari. dalam majlis apa?

PEWARIS ANAK BANGSA


acara senamaerobik bukan tarian seperti yang dituduh

gambar yang digunakan oleh pakatan pembangkang yang bangang, nampak sangat mereka sengaja muncul secara curi, mengambil gambar untuk bahan murahan mereka. Bukan tarian tetapi suasan senamaerobik. kenapa penangkap gambar tampil tunjukkan diri kenapa berada di sana. posisi gambar ini diambil dalam kedudukan berdekatan alat pembesar suara. sangat dekat.

Masalah utama dengan blogger pakatan haprak, mereka menulis untuk memfitnah dan dengan perbuatan itu maka mereka berjaya menjatuhkan sesiapa sahaja terutama lawanya dari kalangan pemimpin terdiri dari musuh mereka.

Cara mereka didalangi cara kebanyakkan pemimpin tertinggi pakatan haprak yang lebih cenderung menyerang peribadi demi meraih sokongan.

Terbaru Ds Hishammuddin pula diserang secara konsisten oleh kebanyakan blogger pakatan haram di mana foto yang merakamkan aksi Ds Hishammudin menari di atas pentas bersama-sama peserta senaman aerobik sewaktu Hari Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mencetuskan kontroversi hangat di laman blog pakatan haram.

Aksi itu kononya dakwa mereka, mengalakkan perbuatan maksiat dikalangan belia dan pemimpin seharusnya tahu membantaskan perbuatan bila bersama-sama bukan muhrim di tempat awam telah menimbulkan seribu persoalan bahawa ternyata pemimpin mereka yang terang-terangan memuja perbuatan yang melanggar akidah sebagai umat Islam tidak pun di persoalkan.

Tindakan Ds Hishammuddin menari di atas pentas bukan sesuatu tindakan tidak bermoral seperti dakwa dan fitnah dari blogger haram, ianya dilihat tidak lebih menunjukkan sikap bersahaja pemimpin yang mesra dan jiwanya bersama rakyat tidak kira sesiapa sahaja.

Kalau ini dikatakan maksiat, apakah foto pemimpin mereka seperti di bawah juga maksiat.



nurul Izzah sedang buat apa tu? berceramahker?
Adakah ini joget halal…?

Nilailah sendiri perbuatan pemimpin mereka sendiri dan jika blogger pakatan haram betul-betul bermaruah tegur dengan baik beberapa pemimpin mereka yang sangat rendah moralnya. adakah nurul Izzah menari dengan wanita atau lelaki juga. kenapa tak pertikaikan dahulu perbuatan dia? dia seorang perempuan. 
nasihat pu3, kalau cakap siang, pandang-pandanglah bro. jangan malam, dengar-dengarlah kak. nak meludah, tengok tempat, jangan meludah ke atas langit. kelepakkkk kena muka sendiri.
 THANKS FOR matkilau blog bagi pu3 info tentang ini.

Thursday, May 31, 2012

MAK LAMPIR DAN MAT JAMBU, BERSEDIALAH BAYAR SAMAN!

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Mohd Rafizi.Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC). Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.-

Hahahaha... Padan muka. Ini kalilah! Bukan kena hampuk muka, terloncat-loncat mak lampir kepanasan. Mat jambu kepanasan punggung nak memikir cara mana nak minta kasihan dari anwar bayar saman.!

Psssstttt.. Anak lenggong. Thanks atas info ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENAMPAR MAUT UNTUK MAK LAMPIR, PAK CELUPAR N PKR

SPRM dah umumkan bahawa Dato sharizat jalil tak terbabitpun proses pinjaman 250 juta pada NFC seperti yang dikecohkan oleh Rafizi, dihebohkan mak lampir dan semua mulut longkang yang sengaja nak menjahanamkan BN.

Nampak gaya, makan jariler mak lampir menelan air liur yang bersembur ke sana sini semasa mencanangkan cerita.ready yer untuk melucutkan jawatan takpun terlucut kerana direject selepas ni! Penipuan tak akan selamat selama-lamanya. Terutama orang yang mulutnya sebiji bau longkang.

Dalam masa sama, TS Dr Hadenan Jalil mengarahkan SPRM membuka siasatan kes azmin Ali ekoran dakwaan Raja petra. Ini kalilah! Mulut seorang ibu yang diderhakai anak, masin azmin oi! Cerita 16 tahun lepas dah 1 persatu keluar dah.

Are you ready? Buka je fail siasatan, bukan je azmin terkehel, anwar tersembam terus kt liang tanah! Wan azizah dah lama meraung dalam hati, shamsidar nak sembunyi kat mana dah selepas ini. Semua kain terlondehler selepas ini. Apabila siasatan dimulakan. Semua yang terlibat akan terheret semua sekali. Tak ada yang terkecuali! Maha Kuasa Allah menunjukkan Kekuasaan-Nya! Allahu Akbar!

Adakah cerita ni umno keluarkan? Jawpannyer tidak. Orang yang pernah dekat dan intim bersama Anwar membuka pekong anwar 1 persatu. Doa solat hajat PAS mendedahkan kebenaran dah makbul nampaknya. masin sungguh mulut nik aziz yang suka mengutuk celako- celako celako pada mereka bukan PAS termasuklah PKR dah kona.!

Ingatlah, setitis air mata ibu, di akhirat nanti, selautan air mata kita bakal berenang mengharunginya! Renung-renungkan dan selamat berfikir matang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.