#JUAL_NEGARA_NAJIB_STYLE

Ini bukan warkah LADY. Tapi saudara DARK membuat penulisan pandangannya yang wajar kita fikirkan. Sila baca ya

Kredit pada DARK

#JUAL_NEGARA_NAJIB_STYLE 

Korang nak tau...kalau ikut sifir macai2 pembangkang, Malaysia dah beli UK, Singapore, Mexico, Mekah dan Turki uolssss....

Maklumlah...takat 14% pemilikan projek pada China macam Bandar Malaysia pun macai kata negara dah tergadai. Inikan pula projek2 milik Malaysia berikut:

1. Pembangunan Bandar Baru Battersea, UK. 
Malaysia menjadi pelabur utama dan sedang memajukan dan membina bandar baru di atas tanah utama UK seluas 42 ekar. Malah terkini Malaysia bakal membeli Battersea Power Station dgn nilai 1.6 billion pound yang bakal menjadi sejarah urusniaga hartanah terbesar di bumi UK mengatasi pembelian Walkie Talkie Skyscraper oleh Hong Kong! 
Punyalah gempak pembangunan bandar ni Malaysia buat sampai Apple Inc akan buka HQ depa di UK di Battersea. UK dah dijajah Malaysia uolsss....不不不不

2. Malaysia bakal membeli tanah2 di Mekah, Madinah dan Jedah. Nilai hartanah Mekah adalah yang paling tinggi di dunia malah nilai kaki perseginya lebih mahal dari New York. Juga Arab Saudi tidak pernah menjual tanah di Mekah dan Madinah kepada pihak luar. Malaysia adalah negara pertama yang dapat hasil hubungan baik DS Najib dgn King Salman. Gempak giler kan??? 
Saudi dah gadai Tanah Haram pada negara asing uolssss.... 不不不不

3. Marina One dan DUO adalah dua pembangunan ultra moden di Singapura. Ia dikenali sebagai Singapore Exchange. Projek ini dimiliki oleh Khazanah sebanyak 60% dan baki 40% dimiliki oleh Singapura melalui Temasek Holdings. 
Gila wey!!!  Singapore dah gadai negara depa kepada kita. 不不不不

4. Lapangan terbang antarabangsa Turki Istanbul Sabiha Gokchen (ISG) kini adalah milik Malaysia. 
Hangpa bayang...pintu masuk negara depa dimiliki oleh negara asing! Erdogan dah jual negara pada Najib kan? 不不不不
Cuba kalau China miliki KLIA2 takat 5%....habis wey....macai kata semua staf airport dari kakitangan kaunter sampai tukang cuci jamban adalah warga China dan cakap Mandarin je lepas tu. Polis pun polis Negara China (PRC) tau.

5. Malaysia dah ada blok carigali minyak kat Gulf of Mexico guys....
Blok 6 ni cover kawasan seluas 559 km persegi, hampir 4/5 keluasan Singapura! 
Memanglah pemilikan adalah 50:50 antara kita dan Ecopetrol milik Colombia, tapi kalau ikut sifir cai, Bandar Malaysia yg pada asalnya 14% projek milik China pun dah dikira jual negara. Apatah lagi 50% kan? 不不不不

6. Malaysia dah sign MOU dengan Indonesia untuk membangunkan Greater Jakarta uolsssss....
Dari nama pun dah tau. Greater Jakarta adalah sama dengan Greater KL iaitu projek pembesaran, pemodenan dan perluasan bandaraya kosmopolitan. Singapore Exchange sama dengan Tun Razak Exchange. Unsur2 penjajahan Najib amat jelas. Malaysia diberi kepercayaan utk majukan kawasan seluas 500 hektar dengan projek bernilai RM 3.5 billion! Jahat kan Najib? Indonesia pun kena 'jajah'. 不不不不 

Banyak lagi hartanah2, projek2 milik kita dan investment2  kita di luar negara uolssss....
Semua ni pelaburan2 maha strategik yang menjana keuntungan berbillion2 ringgit buat negara. 

Zaman Atok dulu mana ada pelaburan strategik macam ni. Dia pi labur kat FOREX sampai bankrap Bank Negara Malaysia sebab 32 billion ringgit hangus. Atok pun rajin labur pada projek anak2 dia dan kroni. Bank Negara bankrap, tapi kroni2 Atok boleh beli Bank di Swiss. 不不不不

Beli Lotus dgn MV Augusta? Apa manfaat pada negara pun tak tau. Semua projek rugi. Berterusan Proton rugi dan langsung takde kemajuan dalam R&D. Balik2 ambik kereta Jepun, tukar lambang dan modify sikit2, lepas tu ngaku kereta nasional. Bila tak laku paksa kerajaan suntik modal untuk rugi lagi. Cam haram.....


#RinduZamanTun ... kkkkkkkkkk

Comments

Popular Posts