MASALAH PPBM MEREKA TIDAK TAHU APA MASALAH MEREKA

Masalah PPBM Mereka Tidak Tahu Apa Masalah Mereka

Semalam berlaku kekecohan dalam Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan kerana Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di negeri tersebut. 

Sekali lagi UMNO dituduh dalang kekecohan tersebut. 

Masalah dengan tuduhan ini ialah yang membuat kenyataan membantah pembahagian kerusi ini ialah Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan. 

Jika Ketua Pemuda Negeri pun dikatakan ejen UMNO jadi apa lagi yang ada dalam parti tersebut? Elok bubar sahaja PPBM dan masuk DAP.

Masalah mereka lagi ialah sindrom percaya mereka kuat. Kebanyakan mereka terdiri daripada orang yang kecewa tidak mendapat tempat dalam UMNO. Lalu pakat masuk parti bunga. 

Mereka berbaju PPBM tapi ingat masih dalam UMNO dan perasan hendak jadi "lead party" seperti UMNO. 

UMNO ada tiga juta orang ahli. Ahli hampa berapa? Dengar cerita tak sampai 20 ribu ahli. Jadi berpada-padalah minta kerusi. 

Lagi pun jika undang-undang negara ini ditegakkan secara jujur, PPBM bakal diharamkan kerana melanggar Perlembagaan sendiri. 

Jadi sedarlah diri sikit. Berebut kerusi pun tidak berguna nanti bertanding atas tiket PAN dan DAP juga. 😂

Dari abe Ab Jalil Backer (FB)

PS: asal merah je cakap tu UMNO. Awat tak kenal sesama sendiri wahai ahli PPBM ? LADY setuju komen abe Ab Jalil Backer

Comments