TUN HASMAH DISOAL SIASAT KERANA UNDANG UNDANG DISALAH GUNAKAN?

TUN HASMAH DISOAL SIASAT KERANA UNDANG UNDANG DISALAH GUNAKAN?

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO 30.1.18

Dalam video terbarunya, Tun M dakwa, soal siasat Polis terhadap isterinya membuktikan undang undang telah diketepikan dan undang undan g disalah gunakan?

Disalah gunakan? Siapa yang ketepikan undang undang? Apabila Tun Hasmah hadir dan berucap di Perhimpunan yang tiada kebenaran Polis, apakah itu ikut undang undang? Apatah lagi jalan antara Maju Junction hingga ke SOGO bukan tempat yang digazetkan sebagai kawasan perhimpunan aman. Maka apabila Tun Hasmah dipanggil untuk diambil keterangan kerana ada laporan Polis, itu namanya ikut undang undang. Lagi pun soal siasat itu berlangsung di Pejabat Tun Mahathir. Siap dengan kehadiran peguamnya sekali.

Datuk Jamal Sg Besar pun disiasat kerana buat piket di depan Pejabat Azmin Ali. Siap dilokap, digari dan pakai baju lokap lagi. Apa ada masalah.

Tun juga komen kononnya Tun Hasmah digugurkan sebagai penaung Persatuan Tenis Kerusi Roda sebagai tindakan politik. Itu pun jadi isu juga?

Bagaimana dengan pemecatan Ketua Hakim Negara, pemecatan 5 Hakim Mahakamah Tinggi, pemecatan menteti menteri kabinet yang sokong team B termasuk Pak Lah. Dan bagaiman pula dengan pemecatan DS Anwar Ibrahim?

Comments

Popular Posts