KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA, YB DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN TERHADAP KENYATAAN MENGENAI TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH

KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA, YB DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN TERHADAP KENYATAAN MENGENAI TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH

Kementerian Luar Negeri, Malaysia mengambil maklum mengenai kenyataan En. Aquilino Pimentel Jr, Ahli Jawatankuasa Konsultasi Filipina yang disiarkan di dalam media massa berkenaan tuntutan ke atas Sabah baru-baru ini.

Kerajaan Malaysia ingin menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah. Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak 16 September 1963.

Sehubungan itu, kenyataan yang tidak berasas seperti ini bukan sahaja mendedahkan kecetekan ilmu mengenai sejarah dan undang-undang antarabangsa, malah mampu merenggangkan hubungan hubungan dua hala yang sangat baik antara Malaysia dan Filipina.

DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN 
Menteri Luar Negeri
31 Januari 2018

Comments

Popular Posts