JUSTO VS NURUL IZZAH : SIAPA YANG BENAR???????

Betullah tu!! Kalau betul kata Justo.. nurul izzah tawarkan bayaran dalam bentuk kontrak kerajaan hanya nak membeli data darinya. Betul-betul anak daddy sungguh MP Lembah Pantai ni!!! Belum berkuasa dah ada niat nak pecah amanah sesudah berjaya memegang kuasa!!!

Berani sungguh!! Sangat berani!!!!!

Nurul izzah dikatakan menafikan kononnya sekeras-kerasnya tentang pengakuan justo siap menuduh pula dah NST telah melakukan pembohongan. Kononnyalah. Dan konon-kononnya akan mengambil tindakan perundangan atas laporan palsu.. kononnyalah.

Sila baca :

Pengakuan bertulis Justo tunjuk usaha terperinci guling kerajaan - Ahmad Zahid

Bernama | Kemas kini: September 08, 2015 (Diterbitkan pada: September 08, 2015 20:04 MYT)


PUTRAJAYA:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo Andre, menunjukkan terdapat 'usaha-usaha secara terperinci' untuk menggulingkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.

"PDRM mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand bagi melakukan tindakan-tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata semua dokumen yang menjadi sumber berita yang disiarkan dalam akhbar (The New Straits Times) adalah dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan dicatatkan dalam pengakuan bertulis Justo.

"Walaupun Justo menyatakan beliau hanya berniat untuk memperoleh sumber kewangan dan bukan melakukan tindakan selain daripada itu tetapi jelas terdapat usaha-usaha secara terperinci dilakukan oleh orang-orang yang disebutkan namanya.

The New Straits Times hari ini melaporkan bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri Justo pada tahun 2011.

Justo dilaporkan mahu bayaran tunai berjumlah US$2 juta bagi dokumen berkenaan mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

Namun, tawaran Nurul Izzah ditolak kerana mahu membayar dalam bentuk kontrak kerajaan sebaik pembangkang mengambil alih kuasa.

Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Bangkok atas kesalahan memeras ugut bekas majikannnya PetroSaudi International. - BERNAMA

Apa yang menjadi pertanyaan LADY. Siapa yang benar? Janganlah kata berita harian atau News strait times yang menipu. Akhbar lazimnya melaporkan perkara yang sudah berlaku berdasarkan sumber yang mereka perolehi. Bukan novel bukan cereka pendek yang dicipta hasil imaginasi penulis! Gila apa editor berita berani nak buat sebaran tak betul!!!

Dan pada pandangan LADY. apa yang justo katakan dalam laporannya :

Dalam laporan NST dan BH hari ini, Justo mendakwa editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown ialah orang tengah di dalam urusan di antara Nurul Izzah dan dirinya.

"Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan mengundang saya ke Bangkok. Dia berkata anak perempuan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berminat membeli data itu.

"Saya menolak kerana Nurul mahu membayar US$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa, bukan dalam bentuk tunai. Saya menolak tawaran itu kerana saya tidak melihat faedahnya," kata Justo sepertimana dipetik di dalam laporan itu - (petikan astro awani)

Seperkara lagi.. jika kedua akbar melakukan pendustaan. Bukan takat nurul izzah blh bertindak perundangan. Justo dan juga claire sekali boleh lakukan perkara sama.

Persoalannya... siapa yang benar????? Siapa yang berdusta???? Nurul izzah atau Justo???? Bagi LADY.. BH mahupun NST bukan pesalahnya!!!

Comments

  1. Kenapa BH dan NST di persalahkan Nurul......kalau Nurul gentle.....apa lagi heret Justo ke Malaysia dan tuduh di Mahkamah bahawa Justo menfitnah. Saman dia habis habisan dan suruh dia bayar ganti rugi teladan...(jgn lupa share ngan saya...hehehe).

    Pucuk Pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan....jgn cuba main bilang batu sembunyi tangan hahahahha (pantun serabut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha.. setuju! Nurul dh kantoi agaknya.. tu yg menggelabah semacam. Kalau dia rasa dizalimi.. jgn setakat main gertak nak ambil tindakan. Actually lebih baik ambik tindakan baru buat kenyataan.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts