PENONTON GUGAT PELUANG HARIMAU MALAYA, CEMAT MARUAH NEGARA

Nampaknya.. penyokong bola sepak negara sebahagiannya terdiridari kalangan individu yang mengalami masalah mental. Tiada kawalan diri. Hadir ke studium pun sudah ada niat yang negatif. Kejadian malam semalam sememangnya sangat memalukan negara.!!!!

Sila baca:
KUALA LUMPUR:  Tatkala pemain Harimau Malaya berusaha keras mencari gol penyamaan dengan prestasi terbaik mereka menentang Arab Saudi, penonton pula mencemar kerancakan apabila membuat onar di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pada perlawanan keempat Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia  2019, Malaysia ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi sebelum perlawanan terpaksa dihentikan selama 30 minit.

Tindakan segelintir penonton melontar masuk suar, bom asap dan mercun roket  ketika perlawanan berbaki dua minit, sememangnya mengundang masalah besar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sepatutnya mereka sebagai penyokong memberi peluang kepada pemain untuk mencuba sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan.

"Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku ketika pemain memberikan 200 peratus komitmen kepada perlawanan ini. Kemungkinan kita ada peluang untuk menyamakan kedudukan," kata pengulas bola sepak, Richard Scully, dalam siaran langsung Astro Arena.

Tindakan mereka boleh mengundang tindakan tatatertib ke atas FAM sekiranya Arab Saudi mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut jurucakap FAM, perlawanan Malaysia-Arab Saudi itu terpaksa  ditangguhkan sehingga FIFA mengeluarkan kenyataan.

GALERI FOTO: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia-Arab Saudi tercemar

BACA: Insiden baling suar memalukan, FAM gagal kawal keadaan - Khairy

Untuk rekod, AFC pernah mengenakan denda RM18,000 ke atas FAM pada 2009 selepas penyokong Kedah membakar mercun ketika sesi latihan kelab Muharraq dari  Bahrain di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi aksi suku akhir kedua Piala AFC.

Bagi perlawanan malam ini, pujian perlu diberikan kepada barisan pemain  pilihan pengendali sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

Selepas tewas 10-0 ketika bertandang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE),  pemain negara berjaya mengekang asakan Arab Saudi dan mengikat pasukan yang dibimbing Bert Van Marwyk, 0-0 pada separuh masa pertama.

Dengan formasi 4-3-3, corak permainan skuad Harimau Malaya berubah wajah malam ini dengan menyaksikan rangkaian pemain melaksanakan tugas dengan baik sehingga berjaya menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-70 sebelum dibolosi dua kali dalam tempoh lima minit kemudian. - BERNAMA

Ps: pada pandangan LADY. Sudah tiba masanya.. perlawanan bola sepak dijalankan tanpa hadir penonton sebagai denda kepada mereka. Lakukan sahaja siaran langsung.!!! Tetapi.. LADY takut gak pergaduhan akan berlaku di kawasan mereka berkumpul. Kasihan pekedai kalau mereka mengamuk di kedai .. kalau di rumah.. itu urusan mereka sendiri. Harta benda rosakpun mereka sendiri kena baiki atau ganti baru terus!!!!

Comments

  1. Hanta Penyokong yg perlu dihukum, dan bukan menunding jari kepada FAM.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana kawalan memasuki stadium.....adakah tiada kawalan langsung.....pihak stadium juga perlu dipersalahkan kerana membenarkan penonton memasuki stadium dengan membawa mercun dan suar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya mereka dah pakar menyeludup barang2 terlarang. LADY fikir.. selepas ini penjualan tiket perlu lebih terperinci. Ada nama, no kad pengenalan. Serta setiap tiket ada no tempat duduk. Kan skrg dh ada perancgan penjualan tiket secara online. Tak payah lg dah buka kaunter. Penyokong.. juga wajar diberi pengajaran agar lebih bertanggungjawab dan disiplin.

      Delete
  3. cukup memalukan dengan scenario penyokong pada masa kini.....kalah dan menang adat pertandingan. Sekiranya sayangkan Negara, perkara seumpama begini tidak sepatutnya berlaku.
    Bagaimana pun hendaklah diambil kira,,, mereka yang membuat onar bukan lah mewakili penonton penonton yang menyanyangi sukan bolasepak seperti saya dan rakan rakan lain. Harap itu penjelasan kepada mereka yang menggangap sukan bolasepak ini menjadikan manusia tu..."some people say Hooligans".

    Saya menyokong tentang penjualan tiket adalah atas talian (online)....kawalan semasa masuk stadium dikawal ala ala menaiki kapal terbang.....baru Nampak aman kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka dah lupa diri. Ikut nafsu.. tu punca kenapa mereka sanggup lakukan hal2 seperti malam semalam. LADY sedar bahawa tak semua penyokong bola sepak tak waras. Masih ramai yang waras dan bijak.. tetapi yang dah gila walau jumlah sedikit ni mmg cepat sangat bertindak.

      Ps: syaitan iblis mmg suka bantu org yang suka lakukan kejahatan. Heheheheh

      Setuju. Jualan tiket online adalah jalan terbaik dan langkah kawalan ketat seperti lapangan terbang juga yang terbaik untuk masa ini.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts