BILA DAH PEMIMPIN NO 2 NEGARA KATA TAK ADA PEMECATAN

Bila LADY baca kenyataan dibuat oleh pemimoin no 2 negara mengatakan tiada pemecatan pemimpun dalam mesyuarat MT hari ini (9/9/2015) ia dah menguatkan keyakinan LADY bahawa apa yang dikatakan oleh YB KJ semalam dah comfirm sah 100%.

SO.. pada yang dah viral macam-macam cerita konon-kononnya ada barisan pemimpin bakal dipecat. Elok korang berhenti nak sebarkan cerita tak betul ni!! Tak percaya.. tunggulah selesai mesyuarat MT hari ini selepas tu kprang viral lah sebanyak dan seluas mungkin keputusan mesyuarat. Tak payah nak sibuk perkara yang bakal tak akan berlaku!!!!
Baca di bawah ni :

Tiada pemecatan pemimpin UMNO pada mesyuarat MT esok - Zahid

Hilal Azmi, Astro Awani | Kemas kini: September 08, 2015 (Diterbitkan pada: September 08, 2015 19:37 MYT)

PUTRAJAYA:  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada pemimpin parti itu akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT), petang esok.

"Saya tidak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan adanya pemecatan atau sebagainya. Tidak pernah.

"Jadi janganlah buruk sangka atau melakukan spekulasi terhadap perkara-perkara berkenaan," katanya.

Pengesahan Zahid itu sekaligus menafikan khabar angin, sekurang-kurangnya enam pemimpin UMNO, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dipecat oleh MT.

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang media di sini, hari ini.

Mesyuarat MT UMNO, esok akan diadakan di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mesyuarat kali ini merupakan yang pertama selepas rombakan kabinet pada 28 Julai yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Turut digugurkan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hasan Malek daripada jawatan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Kali terakhir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO diadakan adalah pada 26 Jun.

Mesyuarat seterusnya dijadual pada 31 Julai, bagaimanapun ditangguhkan.

Ia sekali lagi dijadualkan pada tarikh baru iaitu 28 Ogos, namun sekali lagi dibatalkan.

Pada 20 Ogos, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan 9 September sebagai tarikh baru mesyuarat itu.

Menurutnya, tarikh itu diputuskan bagi memastikan semua bahagian selesai bermesyuarat terlebih dahulu. -ASTRO AWANI

Ps: orang suka kongsi hal-hal yang boleh mencetus ketidakselesaan jiwa.. mereka ini species individu yang ada masalah mental!!!

Comments

Popular Posts