JANGAN PUTAR BELIT FAKTA, AMARAN SALLEH SAID KEPADA PENGAMAL MEDIA


Kekang dan sering merasa SENGAL. Bila LADY perolehi sebaran auta yang melampau! LADY harap amaran menteri MCMC ini didengar bukan dicabar pula!!!
Sila baca:

KUALA LUMPUR:  Pastikan fakta yang tepat sebelum menerbitkan sebarang dokumentari atau menggambarkannya sebagai fiksyen, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Mengingatkan wartawan dan penerbit dokumentari berhubung tanggungjawab mereka, beliau berkata mereka tidak harus memutarbelit fakta dan mengelirukan penonton mereka dengan membuat dakwaan palsu serta tidak berasas.

"Saya menyarankan agar mana-mana pihak yang membuat  dokumentari seperti ini haruslah berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya.

"Kita agak terbuka. Tidak salah membuat pandangan ataupun kritikan tetapi ia mesti berasas. Kita mesti professional mengendalikan hal-hal seperti itu dan tidak mempunyai motif-motif tertentu," katanya ketika dihubungi Astro Awani, di sini hari ini.

Beliau mengulas dokumentari yang dihasilkan stesen televisyen Al Jazeera pada Khamis yang tidak mengetengahkan bukti kukuh serta hanya berdasarkan khabar angin.

Salleh berkata, Malaysia tidak dapat bertolak ansur dengan laporan palsu oleh mana-mana pihak, bagi memastikan keamanan negara terpelihara sepanjang masa.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang. "Kami mahu standard kewartawanan tertinggi yang perlu dipatuhi," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wartawan harus ingat bahawa tidak ada kebebasan mutlak media di mana-mana negara di dunia, malah di negara-negara Barat. -ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts