Followers

POLIS TEMUI MAYAT KEVIN MORAIS DALAM TONG KONKRIT DI SUBANG JAYA


SUBANG JAYA:  Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di USJ Satu, Subang Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata, mayat Morais ditemui berikutan pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan di dua lokasi berbeza pada Selasa di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

"Berdasarkan pengakuan itu serta pemeriksaan ke atas mayat berkenaan, polis yakin 99 peratus mayat itu adalah Morais yang hilang sejak 4 September lalu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, mayat Morais dibawa ke Hospital Kuala Lumpur HKL untuk proses forensik dan pengesahan seterusnya. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment