Followers

WHITE HOUSE UCAP TAKZIAH ATAS KEJADIAN MENYAYAT HATI DI MINA


WASHINGTON:  White House pada Khamis merakamkan ucapan takziah selepas insiden menyayat hati melibatkan ribuan jemaah haji di Arab Saudi yang telah mengakibatkan lebih 700 warga Islam maut.

"Amerika Syarikat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan ratusan ribu jemaah haji yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, Arab Saudi," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Ned Price.

"Ketika warga Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha, kami turut berdukacita dan bersimpati dengan nasib jemaah haji terlibat." - AFP

No comments:

Post a Comment