Followers

MESYUARAT MT UMNO: TIADA SIAPA YANG DIPECAT - NAJIB


Segala kemusyikalan telah terjawab. Segala tanda tanya sudah terjawab. Yang muktamadnya. Mesyuarat MT petang ini, tiada pemecatan kepimpinan seperti mana sebaran yang dilakukan sejak minggu lalu oleh indivodu yang tidak bertanggungjawab!!

KUALA LUMPUR:  Tiada sebarang pemecatan atau pengguguran berlaku pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat juga berlangsung dalam suasana baik dan penuh semangat setiakawan.


"Saya mengalu alukan penglibatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyatakan kesetiaan pada UMNO dan berjuang demi UMNO dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan komitmennya dalam parti.


"Pentingnya solidariti peringkat tertinggi dalam isu tertentu untuk kita menjamin kelangsungan parti untuk terus berkuasa dan menyelesaikan apa juga isu," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.


Mesyuarat MT kali ini adalah yang pertama selepas Hari Raya Aidilfitri lepas susulan pembatalan mesyuarat asal yang dijadualkan pada 31 Julai lalu.


Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sendiri mengatakan tidak akan berlaku sebarang pemecatan hari ini malah mengakui ia tidak pernah dibincangkan dan hanya khabar angin semata-mata.

Dalam pada itu Najib berkata, mesyuarat MT UMNO turut membincangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Dalam soal 1MDB bersama kedudukan semasanya, kita juga sudah meletakkan tempoh untuk mengurangkan hutang dan menyelesaikan proses rasionalisasi.

"Kita juga akui mendapat tawaran menggalakkan dalam isu ini namun tidak boleh membuat sebarang pengumuman. Kita akan maklum bila selesai nanti," jelasnya.

Sementara itu tegasnya, UMNO juga tidak akan mendedahkan isu dana politik juga menjadi isu beberapa pihak akhir-akhir ini.

"Tidak ada undang-undang yang diterima pakai untuk isu ini. Tidak ada keperluan juga untuk mendedahkan apa-apa daripada dana ini.

"MT juga ambil maklum semua parti mengambil sumbangan dana. Isu ini sebenarnya sudah dibangkitkan empat tahun dahulu namun tidak mendapat reaksi pembangkang," ujarnya.

Najib turut mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO tahun ini adalah pada 8 sehingga 12 Disember iaitu selepas selesai persidangan Parlimen. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment