INSIDEN REMPUHAN MINA: JUMLAH KEMATIAN MENINGKAT 310 ORANG, 450 CEDERA
MINA: Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 310 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.
Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah pada 450 orang.
Buat masa ini, warga Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan dari Tabung Haji dan mana-mana agensi berkaitan untuk mengetahui jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan itu. - REUTERS
Ps: masih dalam pengiraan sekiranya adanya terlibat jemaah haji Malaysia. LADY akan kongsikan berita selanjutnya setelah menerima perkembangan
Comments
Post a Comment