NAJIB KUTUK GEJALA ISLAMOHBIA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya gejala Islamophobia dengan menyatakan ia merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi yang melampau.
Memberi contoh Islamophobia, Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, merujuk kepada satu insiden di Amerika Syarikat apabila seorang remaja lelaki Islam ditahan polis kerana mencipta sebuah jam yang disangkakan sebagai bahan letupan.
"Inilah yang dipanggil Islamophobia. Tindakan mereka yang sentiasa cuba mengaitkan Islam dengan keganasan ini sangat dikutuk," katanya.
Beliau berkata Islam sering dikaitkan dengan keganasan walhal keganasan merupakan krisis kemanusiaan yang melibatkan semua tanpa mengira agama, dan ramai lagi gologan bukan Islam yang melakukan keganasan.
Peperangan yang mengorbankan nyawa beratus ribu orang di Iraq dan kekejaman Israel ke atas Palestin juga merupakan satu bentuk keganasan, malah ia lebih besar skalanya dan sudah berlaku berdekad lamanya, kata Najib.
"Penggunaan bom nuklear dan bom kimia jika digunakan, yang membunuh berjuta orang awam, juga adalah satu keganasan.
"Mereka ini bukannya beragama Islam namun tidak pula dianggap sebagai pengganas," katanya.
Untuk itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya bersatu melindungi satu sama lain tanpa mengira agama. - BERNAMA
Pandai cakap kezaliman zionis keatas pelastin...kezaliman PDRM keatas orang melayu di malaysia NAJIB buta ya..
ReplyDeletePDRM tak pernah menzalimi sesiapa. Ia akan dianggap zalim kerana menangkap mereka yg melakukan tindakan melanggari perundangan.
ReplyDelete