Followers

ANIFAH RAYAKAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA, HARI ANGKATAN TENTERA DI DC


WASHINGTON:  Jadual ketat ketika menghadiri Perhimpunan Agung ke-70 Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, tidak menghalang Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk turut merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Angkatan Tentera di Kedutaan Malaysia di Washington DC, pada Selasa malam.

Anifah meluangkan masa menyambut tetamu termasuk pegawai-pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS), diplomat, angkatan tentera, tokoh-tokoh industri, badan pemikir, tokoh-tokoh akademik, dispora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia pada majlis sebelah malam itu.

Jarak antara New York dan Washington DC ialah kira-kira 370 km dengan pemanduan kereta memakan masa kira-kira 4 jam.

Antara tetamu kehormat ialah Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Timur Asia dan Pasifik Daniel Russel, Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Scot Marciel dan Major Jeneral Lawrence Martin dari Tentera Udara AS.

Resepsi bermula dengan kumandang lagu-lagu kebangsaan Malaysia dan AS diikuti ucapan oleh Duta Besar Datuk Dr Awang Adek Hussin dan kemudian Russel.

Kesemua tetamu kehormat dan Anifah kemudian mengajukan ucap selamat untuk persahabatan dan kemakmuran hubungan Malaysia-AS yang berterusan dan upacara memotong kek. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment