Followers

APAKATA : KHAIRY PASTI TIADA PEMIMPIN UMNO AKAN DIPECAT ESOK

9/9/2015. Tarikh tu sememangnya menjadi tarikh hangat diperkatakan sejak minggu lepas. Konon-kononnyalah akan ada berita.... tutttttt.. LADY malas nak tulis di sini. Siapa yang baca viral sah boleh agak apa maksud LADY.

Apapun.. pendapat Ketua Pemuda UNMO Malaysia perlu diyakini. Bahawa tiada kepimpinan UMNO akan dipecat. Hal itu LADY Setuju sangat!!!

Sila baca ;
PUTRAJAYA:  Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin percaya tiada pemimpin kanan parti akan dipecat daripada parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok.

"Saya 100 peratus yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai khabar angin kononnya timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dakan dipecat daripada parti pada mesyuarat itu.

Ditanya mengenai agenda mesyuarat Majlis Tertinggi itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata mesyuarat dijadual membincangkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO dan perkara melibatkan pentadbiran parti.

"Ini memandangkan tidak ada mesyuarat Majlis Tertinggi selama tiga bulan jadi ada beberapa perkara pentadbiran yang perlu  diselesaikan. Pasti akan ada perbincangan berkaitan isu-isu politik semasa," katanya.

Mengenai mesyuarat Biro Politik UMNO di Perdana Putra semalam, beliau berkata mesyuarat itu berlangsung dalam suasana amat kondusif.

"Sudah tentu kami semua perlu bercakap di antara satu sama lain," kata Khairy semasa ditanya sama ada interaksi adalah baik pada mesyuarat itu.

Muhyiddin dan Mohd Shafie, yang digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai, antara yang hadir pada mesyuarat itu.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment