Followers

TRAGEDI KREN RUNTIH MASJIDILHARAM : 6 JEMAAH MALAYSIA MASIH BELUM DIKESAN




KELANA JAYA:  Seramai enam orang jemaah haji Malaysia masih belum dapat dikesan berikutan tragedi kemalangan runtuhan kren di Masjidilharam di Makkah pada petang Jumaat.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dua jemaah lelaki dan empat jemaah wanita Malaysia masih belum dapat dikesan sejak jam 4 pagi (waktu tempatan).

Jelasnya, pihak Tabung Haji (TH) sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah haji tersebut dan operasi ini diteruskan sehingga jemaah tersebut ditemui.
Masjidilharam, Mekah


"Pada masa kini, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, seramai 107 kematian dan 238 kecederaan.
"Marilah kita bersama-sama berdoa dan mohon ke hadrat Ilahi akan keselamatan kesemua jemaah, khususnya jemaah Malaysia di Tanah Suci" jelas Jamil dalam satu sidang media khas di Hotel Tabung Haji di sini, hari ini.

Tragedi tersebut turut mengakibatkan 10 jemaah Malaysia tercedera.

"Pasukan mencari dan menyelamat Tabung Haji seramai 30 orang itu terdiri dari Pasukan Perubatan, Kebajikan dan Peronda dan telah dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja berita diterima daripada pasukan peronda bertugas di dalam Masjidil Haram," kata Jamil Khir.

"Hasil operasi tersebut telah mengenal pasti seramai 10 jemaah haji Malaysia terlibat dalam kemalangan ini," tambahnya lagi.

Kren runtuh

Sekumpulan pekerja sedang membersihkan kawasan di mana berlaku runtuhan kren dalam insiden yang berlaku pada petang Jumaat. Sejumlah 187 individu terkorban manakala 238 dilaporkan tercedera. - Foto AFP/STR


Menurutnya, individu yang mengalami kecederaan ekoran insiden itu sedang dirawat di beberapa pusat rawtan di sekitar bandar Makkah dilaporkan stabil.

Seramai tiga jemaah Malaysia dirawat di Hospital Arab Saudi, enam di Pusat Rawatan Tabung Haji dan seorang lagi telah dibenarkan pulang ke penginapan.

Dalam pada itu, beliau juga berkata semakan bilik ke bilik pada jam 10 malam telah dilakukan bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia selamat.

Operasi mencari dan menyelamat ini selesai pada jam 11.45 malam apabila semua kawasan di dalam dan sekita masjid diperiksa dengan rapi.

Tragedi berlaku berikutan ribut pasir dan hujan lebat melanda negara timur tengah itu

Kren tersebut tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan di mana bangunan sa'ie terletak.

Sebahagian daripada rangka kren tersebut juga jatuh di bangunan Sa'ie berdekatan mataf.

Menurut Jamil, urusan sa'ie tidak terjejas berikutan runtuhan kren itu kerana laluan sa'ie mempunyai empat tingkat. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment