Followers

INSIDEN REMPUHAN MINA: ANGKA KEMATIAN JEMAAH HAJI MENINGKAT KE 717, 863 CEDERA


MINA:  Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat ke 717 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.

Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah 863 orang.

Buat masa ini, warga Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan dari Tabung Haji dan mana-mana agensi berkaitan untuk mengetahui jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan itu.

Setakat ini, sejumlah 220 buah ambulans dan 4,000 anggota penyelamat dikejarkan ke tempat lontaran itu bagi membantu mereka yang cedera.

Jabatan Pertahanan Awam Saudi dalam laman Twitternya melaporkan pasukannya telah berada di situ untuk menenangkan dan mengasingkan jemaah haji kepada beberapa kumpulan untuk ke laluan alternatif.

Dua minggu lalu seramai 110 orang terkorban di Masjidil Haram, Mekah selepas sebuah kren tumbang dan menimpa sebilangan besar jemaah haji di situ.

Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan sejurus umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Kren tersebut tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan Sa'ie.

Sebahagian daripada rangka kren tersebut juga jatuh di bangunan Sa'ie, yang berdekatan Mataf. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment