Followers

SEMUA INI SALAH NAJIB RAZAK?????


LADY membaca entri. Sangat menarik untuk dikongsikan dan direnung-renungkan. Dalam situasi usaha bersungguh-sungguh beliau membangunkan , memajukan negara. Membantu dan prihatin kepada keperluan rakyat tanpa adanya 'nonstop' masih ada jari menunding dan becok menulis dan bercakap, semua masalah adalah berpunca darinya. Bukan setakat dari depan... belakang, atas, bawah, kiri dan kanan .... sedikit yang berani tampil menyatakan semua ini adalah COBAAN DALAM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN NEGARA. Yang lantang walau sedikit becok mencanang kononnya negara ini musnah kerana beliau. Pernahkan anda memikirkan secara BERAKAL, kaji secara kronologi bermula zaman sebelum kemerdekaan sehingga kini sebelum membuat sebarang kenyataan????

Fikirkan. Dan sebelum itu, sila baca entri di bawah ini..... fikir dan

APA MASALAHNYA DENGAN NAJIB RAZAK ???

1. Adakah disebabkan beliau telah berjaya mengambil semula business IPP daripada syarikat-syarikat kroni yang sudah mengaut sejumlah besar keuntungan melebihi RM50 billion selama ini, dan meletakkannya di bawah seliaan 1MDB iaitu syarikat milikan kerajaan sepenuhnya, yang juga kepunyaan rakyat Malaysia, dilihat sebagai satu masalah?

2. Ataupun adakah beliau dilihat sebagai bermasalah kerana beliau berjaya mendapat kepercayaan dermawan dari Timur Tengah yang kemudiannya telah menyalurkan dana kepada beliau sebagai menyokong segala usaha beliau dalam mengekalkan penguasaan Islam dan Melayu ke atas pentadbiran negara ini?

3. Adakah kerana beliau telah memberi bantuan kewangan berbillion ringgit dalam bentuk BR1M kepada berjuta rakyat miskin setiap tahun tanpa mengira kaum itu ditafsirkan sebagai bermasalah?

4. Adakah kerana beliau telah mengagihkan RM43 Billion projek MRT kepada ratusan syarikat Bumiputera, juga adalah satu masalah?

5. Atau adakah kerana beliau membina kedai-kedai yang digelar sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dapat membeli barangan keperluan harian dengan harga yang murah itu, satu masalah?

6. Adakah kerana beliau beri dana dan geran RM3 Billion kepada Teraju untuk membangun ekonomi Bumiputera, maka beliau dianggap bermasalah?

7. Adakah kerana ekonomi negara masih berkembang pada ketika ekonomi global sedang jatuh merundum secara menyeluruh ini yang anda dakwa sebagai satu masalah?

8. Adakah kerana beliau telah meluluskan penubuhan serta pembinaan 12 lagi kampus baru Cawangan UITM yang dijangka akan dapat menyediakan kemudahan pengajian tinggi kepada 100 ribu orang lagi anak-anak Bumiputera/Melayu menjadi punca beliau dilihat bermasalah?

9. Adakah beliau bermasalah dek kerana Dasar Transformasi Ekonomi yang dilaksanakan oleh kabinet beliau telah berjaya mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat Malaysia?
____________________________

Jangan mudah butakan mata kita serta  terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang kawan...

Perhimpunan Baju Merah telah membuktikan bahawa ramai lagi rakyat Malaysia yang masih sayang dan menyokong Perdana Menteri yang telah mereka pilih melalui satu proses yang demokratik.
~ TandukKinabalu ||

Ps: tumb up for penulis yang berfikir ini dan mengajak LADY dan kemungkinan pembaca artikel yang ada dalam blog ini berfikir. Kena rajin gunakan otak kita untuk berfikir kerana itulah fungsinya.
Jawab setiap penyataan yang ditulis pada entri di atas. Dalam keadaan waras bukan dalam suasana beremosi.

No comments:

Post a Comment