Followers

SAIFUDDIN BERHADAPAN DENGAN TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN


PUTRAJAYA:  Lembaga Disiplin UMNO akan memutuskan bentuk tindakan terhadap bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menghadiri persidangan meja bulat Pakatan Harapan pada Selasa lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semua itu terserah kepada Lembaga Disiplin sama ada beliau menjawab atau tidak surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya.

Menurut Tengku Adnan, kehadiran Saifuddin ke majlis itu walaupun bukan atas kapasitinya sebagai ahli UMNO tetap akan memberi persepsi negatif terhadap parti.

"Kalau perkara-perkara yang Saifuddin lakukan, saya sebagai setiausaha tidak dapat mengambil tindakan dan kita perlu memberi beliau tempoh 14 hari".

"Biar dia jawab dulu, kalau dia tak jawab, saya akan hantar ke Lembaga Displin dan mereka akan memutuskan apa tindakan muktamad dalam mesyuarat nanti", katanya pada sambutan Hari Raya Aidiladha di Depoh Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini.

Tengku Adnan menambah, ramai lagi ahli UMNO yang merupakan ahli badan bukan kerajaan namun tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej parti

"Ini adalah sebab kenapa saya tidak pergi perhimpunan baju merah, walaupun ramai kecewa tapi saya perlu sensitif. Saya ini Setiausaha Agung BN, saya boleh buat, tapi saya tidak buat tetapi orang ramai perlu faham secara keseluruhannya bahawa kita menyertai satu majlis yang tidak sepatutnya membelakangkan parti, jangan hadir ke majlis yang boleh membawa kekeliruan," katanya.

Tempoh 14 hari yang telah diberikan kepada Saifudin akan berakhir 6 Ogos depan.

Bagaimanapun Tengku Adnan menolak untuk menjawab kemungkinan Saifuddin akan dipecat daripada UMNO kerana tindakannya itu. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment