Followers

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN BANTU MANGSA BANJIR DI PULAU PINANG : NAJIB


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari Khamis berkata kerajaan Persekutuan akan membantu mereka yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang.

Najib dalam laman Twitternya berkata beliau juga mahu pihak berkuasa memastikan sistem saliran di negeri itu lancar bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang.

Pada Rabu, beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang mengalami banjir kilat dan banjir lumpur berikutan hujan lebih lima jam.

Antara kawasan terjejas adalah Jalan Bayan Lepas ke Teluk Kumbar, Batu Maung, Bukit Gambir, Bayan Lepas, Paya Terubong, Air Itam dan beberapa jalan di bandar George Town. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment