Followers

JANGAN GUNA SENTIMEN AGAMA, KAUM UNTUK RAIH SOKONGAN RAKYAT: SHAFIE APDAL


SEMPORNA:  Sentimen agama dan kaum tidak seharusnya digunakan untuk meraih sokongan rakyat kerana tindakan itu akan hanya menjejaskan keharmonian negara, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, berkata sentimen agama dan kaum sangat sensitif dan tidak boleh disentuh memandangkan ia merupakan tonggak keamanan sesebuah negara, khususnya Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

"Oleh itu jangan kita guna kaedah itu untuk meraih sokongan rakyat kerana ia hanya memporak-perandakan perpaduan antara kaum di negara ini.

"Harus diambil iktibar banyak negara luar berpecah-belah dan keamanan tergadai akibat perbalahan agama dan kaum," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan ibadah korban di beberapa kampung di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment