Followers

INI 8 TRAGEDI PALING MENYAYAT HATI YANG BERLAKU SEWAKTU MUSIM HAJI


KUALA LUMPUR:  Tragedi kren runtuh di Masjidil Haram Jumaat lalu bukanlah insiden pertama seumpamanya. Sejak lebih dua dekad yang lalu, banyak insiden yang berlaku membabitkan jemaah haji, kebanyakannya akibat daripada kecuaian dan kegagalan pihak-pihak tertentu menguruskan jemaah yang ramai.


Disenaraikan di sini beberapa tragedi menyayat hati yang pernah berlaku dalam musim haji sebelum ini.

1. 2 Julai 1990: Tragedi terowong al-Muassim merupakan tragedi dengan jumlah korban paling ramai setakat ini. Terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekah dan Mina itu runtuh dan mengakibatkan 1,426 jemaah maut. Seramai 19 jemaah Malaysia juga disahkan antara yang terkorban. (1)


2. 31 Julai 1987: Tunjuk perasaan yang dibuat jemaah haji dari Iran mengakibatkan 400 orang maut.


3. 12 Januari 2006: Kira-kira 360 orang jemaah haji maut selepas kejadian rempuhan di Mina ketika ramai berpusu-pusu untuk melontar di jamrah.


4. 15 April 1997: Masih di Mina, kebakaran di kem penempatan jemaah haji mengorbankan 343 nyawa.


5. 23 Mei 1994: Insiden rempuhan di Mina semasa melontar di jamrah, mengakibatkan 270 jemaah maut.


6. 1 Februari 2004: Seramai 244 jemaah haji maut, juga dalam insiden rempuhan ketika melontar di jamrah di Mina.


7. 9 April 1998: Juga tragedi yang berpunca daripada kegagalan menguruskan jemaah ketika melontar yang mengakibatkan seramai 118 jemaah maut.


8. 6 Januari 2006: Empat jemaah dari Malaysia antara yang terkorban apabila sebuah hotel di kawasan Al Ghazzah dekat Masjidilharam runtuh dan mengorbankan 76 orang secara keseluruhannya.


No comments:

Post a Comment