Followers

PAKATAN HARAPAN AKAN BUNGKUS : TENGKU ADNAN


PUTRAJAYA:  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin Pakatan Harapan tidak akan bertahan lama.

Jelasnya, Pakatan Harapan bakal menerima nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang berpecah kerana krisis dalaman.

"Saya rasa Pakatan Harapan akan bungkus. Tidak ada Pakatan dan mereka cuba meniru Barisan Nasional kerana parti itu adalah parti berbilang kaum di negara ini", katanya selepas majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di Depoh Perbadanan Putrajaya hari ini.

Pakatan Harapan dibentuk selepas Pakatan Rakyat dikatakan tidak lagi berfungi dengan ketiadaan Pas.

Pembentukan Pakatan Baru itu yang meminggirkan Pas dibuat dalam persidangan meja bulat pembangkang pada Selasa.

Sementara itu, ditanya sama ada Pas akan menyertai Barisan Nasional, Tengku Adnan berkata, ia terserah kepada parti berkenaan.

"Saya tidak tahu, kami terbuka bukan hanya kepada Pas tetapi kalau DAP ingin menyertai BN juga boleh. Tiada masalah" katanya. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment