Followers

INSIDEN REMPUHAN MINA: PERINTAH ARAB SAUDI ARAH KAJIAN SEMULA KESELAMATAN JEMAAH


MEKAH:  Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan satu kajian semula dilakukan berhubung tahap keselamatan jemaah haji, susulan tragedi rempuhan di Mina yang mengorbankan lebih 700 orang semalam.

Raja Salman menegaskan wujud keperluan untuk mempertingkat tahap pengurusan dan organisasi bagi pergerakan jemaah ketika menunaikan ibadat.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki memaklumkan Riyadh menubuhkan satu suruhanjaya untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kami perlu menentukan punca sebenar insiden ini berlaku, kerana sebarang perubahan pengurusan atau rancangan tidak boleh dilakukan tanpa mengenal pasti punca sebenar kejadian,

"Sebaik sahaja kami berjaya menentukan punca kejadian itu, kami akan lakukan apa yang terdaya untuk menyelesaikannya dan memastikan insiden sama tidak lagi berulang," tegas Mansour.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca rempuhan.

Ramai jemaah didakwa bergerak tanpa menghormati jadual waktu yang ditetapkan pihak berkuasa.

Ketua Rombongan Jemaah Haji Iran pula mendakwa pengurusan Arab Saudi menutup banyak laluan di Mina, sehingga memaksa ratusan ribu jemaah menggunakan laluan sama secara serentak.

Sehingga Khamis korban insiden rempuhan disahkan seramai 717 orang, manakala 853 cedera.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca rempuhan.

Ini merupakan angka korban paling tinggi membabitkan jemaah haji dalam tempoh 25 tahun.

Tragedi rempuhan berlaku di Street 2004, berhampiran Pusat Perkhemahan Mina. -AGENSI

No comments:

Post a Comment