Followers

ANGGOTA KELUARGA MAHU TAHU PUNCA KEMATIAN KEVIN MORAIS : POLIS


KUALA LUMPUR:  Keengganan waris mendiang Anthony Kevin Morais menuntut mayatnya disebabkan mereka ingin tahu terlebih dahulu punca kematian, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata anggota keluarga mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu mahu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur tentang perkara itu.

"Pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebenarnya telahpun diperoleh beberapa hari lalu yang mengesahkan bahawa wujud hubungan biologikal antara mendiang dan anggota keluarganya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya dekat sini pada 16 Sept.

Beliau kali terakhir dilihat pada 4 Sept semasa meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu keretanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment