APAPUN ALASAN. KEJADIAN MEMALUKAN NEGARA 8/9/2015. IA TAK PATUT BERLAKU!!

LADY baca je artikel di bawah. Hmmmm... bagi LADY. Apapun alasan yang dinyatakan. Kejadian melemparkan mercunkah. Saur ke tengah padang TAK PATUT dilakukan!!! Marah macam manapun atas kekalahan. Tak kisahlah ratusan tahun sekalipun tak jejak kaki masuk piala dunia. Tindakan malam 8/9/2015. TAK PATUT dilakukan!!

15 sebab mengapa Ultras Malaya 'naik angin'
Madiha Abdullah, Astro Awani | Kemas kini: September 09, 2015 (Diterbitkan pada: September 09, 2015 15:12 MYT)


KUALA LUMPUR:  Bukan hanya kerana kekalahan memalukan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, tetapi tindakan Ultras Malaya 'mengamuk' di Stadium Shah Alam pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia peringkat Asia antara Malaysia menentang Arab Saudi semalam berpunca daripada banyak sebab.

Beberapa laman Facebook sejak beberapa hari lepas, termasuk laman rasmi Ultras Malaya sendiri, menyenaraikan beberapa sebab yang selama ini dilihat menjadi isu besar dalam bola sepak tempatan.
Sebab-sebab yang diberikan dilihat lebih banyak berkaitan dengan sistem pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Antara sebab utama yang mendapat reaksi daripada netizen termasuk:

1. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah 35 tahun yang lepas.

2. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah 35 tahun yang lepas.

3. Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 12 kali, sekali gus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 17 kali, sekali gus terperosok di dasar kumpulan kelayakan, di bawah Timor-Leste.

7. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Ranking Malaysia telah menjunam ke kedudukan ke-33 Asia.

9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia, namun kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan terburuk iaitu ke-169 dunia.

10. Ranking Malaysia kini berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

11. Ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

12. Liga bola sepak Malaysia dikategorikan gred 'D' walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

13. Tindakan FAM menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk tiga hari perlawanan dalam tempoh singkat tujuh hari, untuk membenarkan perlawanan menentang kelab-kelab luar.

14. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM didakwa tidak pernah membentangkan penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

15. Dan terbaharu, kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bola sepak negara, iaitu 0-10 kepada UAE minggu lepas.

Ps: sekali lagi LADY kata. Walau apapun alasan. Kejadian malam tersebut TAK PATUT berlaku!!

Comments

Popular Posts