Followers

DAKWAAN ANCAMAN PENGGANAS DI JALAN ALOR, 3 DITAHAN


KUALA LUMPUR:  Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka merupakan dua warga asing dan seorang tempatan berumur antara 30 hingga 51 tahun.

Operasi pada 24 September di sekitar ibu negara itu merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan hasil maklumat daripada suspek yang telah ditangkap yang mendedahkan wujud perancangan untuk melancarkan serangan ke atas aset-aset penting negara, kepentingan Barat dan juga kawasan tumpuan awam.

"Siasatan awal terhadap suspek mendapati salah seorang daripada warga asing yang ditahan kerap melakukan lawatan ke Temen dan memasuki Malaysia beberapa hari lalu.

"Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengesahkan sama ada ketiga-tiga mereka terlibat dalam sebarang perancangan untuk melancarkan serangan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Semua suspek ditangkap mengikut Bab VIa - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disisasat mengikut prosedur di bawahPolis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka merupakan dua warga asing dan seorang tempatan berumur antara 30 hingga 51 tahun.

Operasi pada 24 September di sekitar ibu negara itu merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan hasil maklumat daripada suspek yang telah ditangkap, yang mendedahkan wujud perancangan untuk melancarkan serangan ke atas aset-aset penting negara, kepentingan barat dan juga kawasan tumpuan awam.

"Siasatan awal terhadap suspek mendapati salah seorang daripada warga asing yang ditahan kerap melakukan lawatan ke Temen dan memasuki Malaysia beberapa hari lalu.

"Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengesahkan sama ada ketiga-tiga mereka terlibat dalam sebarang perancangan untuk melancarkan serangan di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Semua suspek ditangkap mengikut Bab VI a - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disisasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Akta 747).

PDRM katanya akan melakukan pemantauan berterusan termasuklah meningkatkan kawalan keselamatan di  tempat strategik dan juga kawasan tumpuan awam.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata nasihat perjalanan yang dikeluarkan kedutaan asing merupakan amalan biasa bagi memastikan keselamatan rakyat mereka.

"Ini adalah amalan universal yang dipraktikkan oleh setiap negara demi keselamatan rakyat dimana jua mereka berada," katanya lagi.

Pada Khamis, Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini dilapor mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya..

Polis Diraja Malaysia katanya akan melakukan pemantauan berterusan termasuklah meningkatkan kawalan keselamatan di  tempat strategik dan juga kawasan tumpuan awam.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata nasihat perjalanan yang dikeluarkan kedutaan asing merupakan amalan biasa bagi memastikan keselamatan rakyat mereka.

"Ini adalah amalan universal yang dipraktikkan oleh setiap negara demi keselamatan rakyat dimana jua mereka berada," katanya lagi.

Pada Khamis, Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini dilapor mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, polis telah meningkatkan rondaan di Jalan Alor dan sekitar Kuala Lumpur selepas menerima maklumat bahawa akan berlaku serangan pengganas di kawasan itu. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment