KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI SABAH


kelmarin, tak berkesempatan nak update ucapan Selamat Hari malaysia. kebtulan LADY berada di sekitar Kota Kinabalu, memerhati sambil menikmati suasana persediaan sambutan Hari malaysia peringkat kebangsaan yang mana Sabah menjadi tuan rumah pada tahun ini. secara jujurnya, selepas tengahari, kumpulan berpakaian merah mulai kelihatan. tetapi sudah pasti mereka bukanlah kumpulan yang berkehendak untuk menyertai himpunan BAJU MERAH seperti yang dicanang dan disebarkan oleh pihak tak bertanggungjawab di alam maya serta di kedai kopi. 

kemungkinan pihak tak bertanggungjawab itu mencedok aura kehangatan apa yang berlaku oleh rakan di semenanjung sana, yang sememangnya kebanyakkannya penuh semangat menyertai HIMPUNAN RAKYAT BERSATU. walau berpakaian merah tetapi keadaan adalah berbeza. tidak sama walau sedikitpun agenda yang dirancang dengan apa yang berlaku di bumi bertuah Sabah ini.





walau ada kumpulan yang penuh semangat bergerak ke padang merdeka dalam jumlah yang besar. mereka bukanlah kumpulan yang untuk mengadakan himpunan tetapi lebih suka menggambar kesatuan hati mereka bersama-sama bergerak untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari Malaysia. LADY secara pribadinya, sangat tidak menyukai himpunan atau perarakan di jalan Raya. tetapi keadaan kelmarin bukan suasana yang LADY kata TOLAK atau BANTAH. mereka bukan menyertai himpunan tetapi hadir beramai-ramai penuh semangat dan jiwa menyambut Hari Malaysia

















Biar gambar berbicara. LADY juga berada di tapak sambutan berkenaan. Sangat meriah dan membanggakan. Walau konsep pakaian sangat ramai MERAH. Ianya bukanlah himpunan Baju merah melainkan simbol kesatuan menyokong kerajaan BN dan Dato Seri Najib.

Suasana penuh semangat, meriah dan harmoni. Sememangnya berbangga dengan kemeriahan berkenaan walaupun pada hari-hati sebelumnya dicanang pelbagai ramalan negatif ke atas persiapan sambutan Hari Malaysia ini.















Tak payah nak kata dah.. si tukang politik kedai kopi dah bawa cerita politik kedai kopi di alam maya!!! Dengan sengaja nak mewujudkan suasana KETAKUTAN pada khalayak umum. pagi ini pun LADY sudah disajikan perbualan rakan-rakan cerita yang ditimbulkan oleh pihak tak bertanggungjawab konon-kononnyalah. macam-macamlah. bagi LADY, cerita itu sebagai nak tutup malu kerana apa yang mereka harapkan tak pernah berlaku dan tidak sekali-kali akan berlaku! apa lagi KEKECOHANLAH. 

Tahniah SABAH.  LADY berbangga menjadi anak jati SABAH dengan persembahan disiplin dari pengunjung dan semua yang bersemangat menjayakan  majlis itu kelmarin sehingga tamat majlis. akhir sekali. LADY nak ucapkan tahniah juga kpeada semua yang hadir semalam. sangat bijak . menyambut majlis dengan semangat SEHATISEJIWA yang sangat kental. 

ps: LADY tak masuk gambar sebab lanse LADY sibauk nak ambil gambar. sorry pada sahabat lama yang tak berkesempatan LADY nak jumpa. walau berada dalam padang sama, tetapi jumlah manusia berkumpul mengurangkan peluang untuk kita melepak bersama. 

Sumber gambar: LADY dan rakan-rakan cyber

Comments

Popular Posts